top of page

Jelajah Food Bank MPN KEADILAN Johor berjaya



Selama sebulan Jelajah Food Bank Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, kesemua cabang KEADILAN di negeri berkenaan menerima sumbangan untuk diagih-agihkan kepada rakyat yang memerlukan.


Jelajah yang berakhir hujung Jun lalu itu mendapat sambutan baik daripada rakyat dan berjaya meningkatkan imej KEADILAN. KEADILAN kini dilihat peka mengurangkan derita rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid 19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang menjejaskan pendapatan sebahagian rakyat.


Menurut Pengerusi MPN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, jelajah tersebut dibahagikan kepada zon utara, tengah dan selatan. Katanya, program tersebut dicetuskan oleh Biro Penerangan KEADILAN Johor dan diselaraskan oleh ADUN Bukit Naning Md Ysahrudin Kusni.


Manakala setiap kotak sumbangan seberat 13.4 kilogram mengandungi bahan makanan asasi seperti beras, susu, tepung, gula, biskut, kicap dan lain-lain.


Dengan lancarnya pengedaran sumbangan kepada rakyat memerlukan, KEADILAN Johor dilihat mempunyai keupayaan menandingi Umno dalam pengedaran bantuan serta mempunyai jentera yang berkesan dalam situasi bencana.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page