top of page

Jawatankuasa khas ditubuh angkat industri halal Malaysia - PM


Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelaraskan kementerian dan kesemua jabatan berkaitan aspek pensijilan bagi memperkasakan industri halal Malaysia.


Penyelerasan itu, katanya akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi untuk tujuan pelaksanaan bagi mengangkat industri makanan negara ke peringkat global.


"Soal sijil halal kita (Malaysia) dapat satu markah yang tinggi, tetapi dari segi kecekapan dan penyelidikan juga perlu diberi penekanan supaya ia boleh dijadikan contoh kepada negara lain juga.


"Oleh sebab itu, perlu ada sinergi antara pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan perdagangan perniagaan itu penting agar ia dapat berkembang selari dengan pengembangan industri terutama dengan luar negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Halal Global (GHAS) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.


Dalam pada itu, tambahnya, isu halal pada ketika ini sudah mendapat perhatian daripada negara bukan Islam antaranya China, Jepun dan Korea Selatan.


Justeru, pemimpin nombor satu negara itu menekankan soal halal bukan hanya terletak kepada aspek makanan dan minuman, bahkan barangan lain juga perlu diberi penekanan.


"Jadi, ini semua harus diselaraskan dengan HDC (Halal Development Corporation Bhd) dan MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) kerana ada pengkhususan dan sinergi dengan industri tempatan.


"Jika tidak, kita akan perkenal dan luluskan pensijilan (halal) tetapi tidak mengembangkan industri halal negara kita," katanya lagi.


DS Anwar melawat gerai mempamer produk halal keluaran syarikat tempatan

Dalam isu berkaitan, Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang medianya berkata, HDC bukan sahaja meransang pertumbuhan industri halal yang inovatif dan berdaya saing tetapi mampu menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan.


"Justeru, GHAS tahun ini mengetengahkan seminar profesional halal selaras dengan agenda HIMP 2030 (Pelan Induk Industri Halal 2030), yang bertujuan mewujudkan 700,000 peluang pekerjaan.


"Ringkasnya, ia memacu pembangunan sosio-ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan inklusif," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page