top of page

Jawatankuasa khas bakal ditubuh awasi tingkah laku Ahli Parlimen



Sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dirancang untuk ditubuhkan bagi mengawasi tingkah laku Ahli Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.


Johari berkata, pihaknya turut bercadang untuk menguatkuasa peruntukan terkandung dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang memberi kebenaran untuk denda RM1,000 dikeluarkan terhadap Ahli Dewan Rakyat yang ingkar sebagai sebahagian pelan pembaharuan memperkasakan Parlimen.


"Ia tidak pernah digunakan. Malah, kita bercadang untuk meningkatkan lagi jumlah denda ini (melalui pindaan kepada akta itu).


"Ahli Parlimen terbabit juga boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, dengan hukuman maksimum digantung daripada Parlimen selama enam bulan, yang jarang digunakan speaker sebelum ini," katanya dipetik.


Menurut mantan Ahli Parlimen Sungai Petani itu, antara tindakan yang boleh dikenakan denda adalah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, seksis atau menghina dalam sidang Dewan Rakyat.


Pada masa sama, Johari berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan sebagai rujukan kepada Ahli Parlimen berhubung kenyataan menyinggung perasaan.


Katanya, kenyataan menyinggung perasaan yang disampaikan Ahli Parlimen mencerminkan diri mereka dan boleh mengganggu perjalanan persidangan, justeru beliau berikrar menamatkan kekecohan sedemikian di Parlimen.


Parlimen akan kembali bersidang 13 Feb ini hingga 30 Mac nanti.


Antara yang dinanti-nanti ramai adalah pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri pada 24 Feb ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page