top of page

Jawab isu Islam terancam, kembalikan sokongan orang Melayu



Oleh: Helmi Mohd Foad


Pakatan Harapan (PH) perlu memastikan isu 'Islam terancam' dapat dijawab dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan gabungan parti politik itu dapat meraih kembali sokongan orang Melayu terutamanya di negeri Pantai Timur, Kedah dan Perlis.


Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata masalah isu tersebut tidak terkecuali dalam kalangan masyarakat intelektual apabila PH sendiri boleh kecundang di kawasan Bangi (Dewan Undangan Sungai Ramal) yang dikenali sebagai kawasan tumpuan golongan bijak pandai.


Malah katanya kerajaan Selangor yang menyediakan pelbagai program kebajikan untuk rakyat turut terjejas apabila pembangkang mampu menang 22 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum lalu.


"Empat negeri memang Islam terancam yang dibawa mereka sedikit sebanyak masuk ke dalam fikiran orang Melayu, bukan sahaja di kampung bahkan kita kalah di Bangi, kawasan intelektual apa program tidak dibuat di Selangor.


"Saya sendiri tidak sangka boleh menang 22 kerusi, gelombang hijau yang melanda di Selangor, dan kita kalah banyak di kawasan intelektual di Bangi kerana soal Islam terancam. Ia tidak kenal apa kelulusan, apa dimainkan isu hingga terperangkap minda orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.


Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata propaganda bahawa kerajaan akan bertukar yang dimainkan oleh pembangkang juga menyebabkan undi penjawat awam kepada PH merosot pada pilihan raya kecil enam negeri dan PRU-15.


Apatah lagi ujarnya perkara tersebut dicanang oleh pemimpin tertinggi Pas dan diceritakan oleh tokoh yang mempunyai kemampuan bermimpi bertemu Rasulullah SAW sebagaimana disebut oleh Mursyidul Am parti itu.


Beliau turut mendedahkan sebenarnya terdapat percubaan kali ketiga untuk pertukaran kerajaan BN-PN selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sehingga akhirnya PH menandatangani memorandum agar pentadbiran Ismail kekal hingga PRU-15.


Jelasnya, beliau bersama 11 Ahli Parlimen AMANAH didatangi pihak tertentu bagi menarik sokongan untuk membolehkan Perdana Menteri baharu dilantik.


Manakala selepas terbentuknya Kerajaan Perpaduan, puak pembangkang yang tidak berpuas hati, kata Mohamad, cuba mencari jalan untuk melakukan 'tebuk atap' sekali lagi.

"Selepas pilihan raya umum siapa pun tidak boleh buat kerajaan melainkan berlaku kerajaan perpaduan, selepas itu mereka bersungguh-sungguh katakan kerajaan akan bertukar lepas pilihanraya enam negeri," katanya.


Jelas beliau, dengan kerajaan perpaduan kekal selama empat tahun pada penggal ini, pihaknya yakin undi penjawat awam akan kembali kepada parti gabungan Kerajaan Perpaduan.


Bagaimanapun beliau kesal dengan sikap pemimpin Pas yang kini memainkan isu sentimen Cina bakal kuasai Malaysia terutama apabila adanya DAP bersama Kerajaan Perpaduan.


Sedangkan kata beliau, Pas sebelum ini pernah mempertahankan DAP ketika mengadakan kerjasama politik ketika Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.


Namun, kata Mohamad, ucapan-ucapan pemimpin Pas sebelum ini telah dilupakan oleh orang Melayu hingga mereka beralih sokongan.


"Mainkan isu Cina ambil alih Malaysia orang kita pi percaya, itu tidak betul, peratusan orang Melayu meningkat..ooh kata banyak orang dari China datang tak balik. Kalau 100 tahun dahulu mungkin betul tetapi sekarang mereka (negara China) lebih maju," katanya.


Beliau berharap dalam tempoh jangka masa panjang, PH mampu mengembalikan sokongan dan bergerak dengan lebih yakin pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page