top of page

Janji kerajaan bayar tol guna pelbagai kad jadi realiti



Rakyat Malaysia yang menggunakan laluan bertol sekitar ibu negara dipermudahkan dengan kaedah pembayaran menggunakan pelbagai kemudahan kad kredit dan debit.


Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, memecah monopoli Touch n Go dalam kaedah pembayaran tol merupakan salah satu janji Kerajaan Perpaduan yang menjadi kenyataan dan perlu dibanggakan oleh rakyat.


"Sekarang dah boleh bayar tol guna kad debit, kad kredit, dan prabayar. Bukan Touch 'n Go sahaja.


"Ini antara yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri ketika menjawab soalan seorang anak muda pada sesi Temu Anwar Mac lepas.


"Hari ini, menjadi realiti," kata beliau di Facebook.


Meskipun masih terhad di 11 plaza tol, namun pada masa hadapan kemudahan tersebut akan diperluaskan lagi.


Pembayaran menggunakan pelbagai cara menyelesaikan rungutan orang ramai yang menemui kesukaran untuk top up kad Touch n Go, terutama secara manual kerana kemudahan tersebut hanya wujud di lebuh raya sahaja.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page