top of page

'Jangkitan harian Covid 19 naik 10,000 sehari, masalah adakan pilihan raya'



Jangkitan harian Covid 19 varian Omicron yang mendadak sehingga 10,000 sehari menumbulkan kegusaran untuk meneruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.


Bagi Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal tersebut perlu dipersalahkan kepada kerajaan BN Johor yang membubarkan Dewan Undangan Negeri


Katanya, PRN yang tidak perlu ini terpaksa diadakan akibat percaturan politik sempit Umno - BN tanpa memikirkan kesihatan rakyat.


"Diorang tak fikir masalah rakyat, kita dah kata soal Covid, dia kata dia confident. Jadi akhirnya soal sakit dan masalah kesihatan ini bukan utama.


"Kita rasa kesal, 10,000 ini bukan nombor. Ini orang terlibat, bila seorang sakit keluarga terktekan, semuanya. Saya menggesa Kementerian Kesihatan ambil langkah proaktif


"Selain kepada masyarakat masa kempen ini jaga. Tak perlu salam, jangan salam. Jaga jarak," katanya.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengingatkan kerajaan BN jangan menggunakan alasan jangkitan Covid 19 untuk mengetatkan lagi Prosedur Operasi Piawai (SOP) berkempen.


Katanya, SOP di Melaka November 2021 kalau diulangi amat tidak adil kerana ternyata menyebelahi kerajaan BN.


"Dia nak ada pilihan raya dia buat SOP, dia boleh kempen dalam media, kita pergi minum kopi (kempen lawat restoran). Ini politik apa?


"Bagi saya dia jangan guna ini untuk menekan kita. Beri ruang dengan syarat syarat boleh, jangan buat macam di Melaka. Bagi syarat dalam dewan, umpamanya di kawasan padang tetapi dihadkan jumlah," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page