top of page

Jangan ungkit isu pengampunan Anwar, sah di sisi undang undang



Isu keabsahan pengampunan diraja kepada Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh sama sekali dijadikan isu kempen Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut mantan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff, pengampunan tersebut sah kuatkuasa dari segi undang undang dan merupakan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk mengurniakannya.


"Perdana Menteri (Ismail Sabri) pertikai keampunan yang diberikan Yang diPertuan Agong kepada Datuk Seri Anwar. Apa dia kata? Dia kata pengampunan tidak sah


"Saya kata pengampunan itu bukan sahaja wajar tetapi perlu dibuat kerana ianya adalah satu pendakwaan yang salah. Bukan perkara biasa," katanya dalam ceramah siri Jelajah Harapan Negeri Sembilan, kelmarin.


Yusmadi yang juga Pengerusi NGO Generasi Keadilan mahu rakyat mengingat video pendek sewaktu Anwar dikembalikan kebebasannya pada 2018.


Katanya, video itu mengesahkan Anwar mendapat pengampunan penuh yang jarang diberikan dalam sejarah negara.


"Siapa ingat dalam video pendek apabila Datuk Seri Anwar pulang ke Bukit Segambut (kediaman beliau), apa yang dibaca? Datuk Seri tanya nak sain borang kat mana? Dia (wakil kerajaan) kata tak payah sain Datuk Seri.


"Datuk Seri seolah olah 'tidak pernah langsung melakukan apa apa kesalahan'. Itu berkat siapa? Berkat perjuangan anda semua. Perjuangan rakyat Malaysia," katanya.


Oleh itu, Yusmadi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tidak lagi memberi perhatian kepada status pengampunan dan meragukan pencalonan Anwar sebagai bakal PM ke 10.


Apa yang perlu dilakukan adalah tetapkan hati untuk membuat perubahan total di peti undi pada 19 November 2022.


"Saya nak mohon kepada kawan kawan, yakinlah sedikit banyak sumbangan kita itu semuanya maha penting. Kaya miskin itu tak penting.


"Yang penting ayuh bangun semua rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan kita nobatkan Datuk Seri Anwar sebagai PM," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page