Jangan tolak ansur terhadap sebarang percubaan sabotaj negara - AMK
- Azuan Ab Rahman

- 2 days ago
- 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh dan segera mendedahkan petualang yang didakwa terlibat berkomplot untuk mensabotaj kestabilan negara.
Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, sekiranya dakwaan wujudnya komplot bagi menjatuhkan Kerajaan MADANI itu benar, ia tidak boleh dipandang ringan apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat daripada dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi.
"Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha membabitkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.
"Perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada Jumaat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan kerjasama membabitkan seorang tokoh tempatan berpengaruh dan agensi media antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Susulan itu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang merujuk kepada aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen,
Sementara itu Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan berkata, Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sanggup memperdagangkan kedaulatan serta maruah negara demi apa saja kepentingan yang merosakkan
Justeru pihak berkuasa perlu bertindak segera tanpa mengira kedudukan mana-mana pihak yang terbabit.




Comments