top of page

Jangan timbulkan salah faham, ketidakharmonian masyarakat - Dr Na'im



Perarakan anjuran Pemuda Pas Terengganu sempena Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit) semalam yang sebahagian pesertanya mengenakan kostum pakaian ala tentera abad pertengahan Eropah dianggap amat tidak sesuai serta boleh menimbulkan kegelisahan antara kaum di Malaysia.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata perarakan seumpama itu hanya akan menimbulkan bibit kekeliruan terhadap ajaran Islam yang sebenar yang mengutamakan keamanan.


"Pada hemat saya tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.


"Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan," katanya dalam kenyataan


Tegas beliau, umat Islam Malaysia seharusnya menjaga keharmonian dalam masyarakat dan menunjukkan tauladan baik, apatah lagi mereka mewakili kaum terbesar di negara ini.


"Semua pihak bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Apa apa tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan sama sekali


"Jabatan Perdana Menteri berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan, serta apa apa tindakan yang berkaitan sekiranya penganjur telah menyalahi peraturan keselamatan negara," katanya lagi.


Himpunan Himpit di Terengganu semalam mencetuskan kontroversi apabila Pemuda Pas selain membariskan 'perajurit' berpedang dan bertombak turut membawa replika pegang gergasi berarak di jalan ke arah Bari Beach Indah Resort, Setiu, di mana himpunan Himpit dianjurkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page