top of page

Jangan takut untuk keluar mengundi - Calon PH DUN Klebang


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Klebang, Gue Teck mengakui ramai yang bimbang untuk keluar mengundi pada Sabtu, 20 November ini.


Katanya, ada yang bimbang dengan pandemik Covid-19 dan ada yang tidak dapat pulang ke Melaka untuk mengundi.


"Terdapat banyak panggilan telefon daripada orang ramai berkenaan dengan hari mengundi. Mereka bimbang pandemik masih belum diredakan, maka kita bimbang peratusan keluar mengundi tidak sebegitu tinggi berbanding PRU-14.


"Pada masa yang sama, ramai pengundi tinggal di Melaka yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang mengundi. Maka sekiranya orang tempatan tidak mengambil berat atau tidak melunaskan tanggungjawab mereka, ini akan menjejaskan peratusan untuk hari mengundi yang diadakan lima tahun sekali," katanya dalam sidang media.


Bagaimanapun, Gue Teck memberi jaminan bahawa pengundi akan selamat untuk mengundi pada Sabtu ini, menerusi langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


"Saya difahamkan SPR juga memandang berat perkara ini, justeru mereka mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Sekiranya seorang pengundi badan suhunya melebihi 37.5 atau ada selesema dan batuk-batuk ketika hari mengundi, mereka akan diasingkan dengan pengundi lain dan menjalankan pengundian di bilik khas.


"Pengundi juga digalakkan keluar mengundi antara 10 pagi hingga 12 tengah hari. Tidak bermakna tidak boleh mengundi waktu lain, tetapi saranan ini adalah bagi mengelakkan kesesakan pengundi.


"Malah, keseluruhan proses pengundi juga dipantau oleh KKM. Saya yakin KKM boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.


"Semua pengundi juga akan diberi sarung tangan untuk menjaga keselamatan masing-masing serta pencuci sanitasi tangan akan turut diberikan.


"Langkah-langkah ini dijamin oleh KKM dan SPR. Maka, saya menyeru orang ramai supaya turun mengundi pada 20 November ini. Datanglah pada masa yang digalakkan," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page