top of page

Jangan spekulasi, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan



Oleh: Helmi Mohd Foad


Isu pengampunan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Bagaimanapun, beliau berkata perbincangan itu membabitkan perkara khusus melibatkan Lembaga Pengampunan.


"Ia...adalah perkara yang diselaraskan dengan Lembaga Pengampunan sama ada (melibatkan) kenyataan media dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar pacsa mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Petang ini portal berita berpangkalan di Singapura, Channel News Asia (CNA) memetik sumber pegawai kanan kerajaan melaporkan Lembaga Pengampunan telah memendekkan hukuman penjara ke atas Najib dari 12 tahun kepada enam tahun.


Isnin lalu Lembaga Pengampunan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong telah mengadakan mesyuarat termasuk membincangkan kes membabitkan Najib.


Mesyuarat tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.


Setakat ini tiada pihak mengesahkan mengenai keputusan pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri itu.


Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihaknya tidak dapat mendedahkan mengenai isu pengampunan tersebut sama ada satu keputusan telah dibuat atau sebaliknya.


Sebaliknya, beliau mengulangi permintaannya agar pihak media menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

"Kita perlu tunggu kenyataan media, maka saya minta media di dalam dan di luar negara untuk kita tunggu kenyataan rasmi," katanya.


Fahmi mengakui wartawan CNA ada menemuinya namun beliau bukan pegawai tinggi kerajaan mendedahkan tentang keputusan Lembaga Pengampunan itu.


"Bukan saya yang menjadi sumber yang menyampaikan maklumat itu..tapi minta bantuan kepada semua rakan media jangan buat kesimpulan, tunggu kenyataan rasmi dibuat dan ikuti prosesnya," ujarnya.


Jelas beliau perkara itu bagi mengelakkan timbul pelbagai reaksi dan perlu, katanya, pihak media menonjolkan profesionalisme dalam membuat pelaporan.


"Harap tidak lama lagi... awak dan saya perlu tunggu kenyataan rasmi," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page