top of page

Jangan sentuh isu 3R sepanjang tempoh kempen PRK KKB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 28, 2024
  • 1 min read

ree

Semua parti dan penyokong diingatkan supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan dan mengancam ketenteraman awam termasuk menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sepanjang tempoh berkempen.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian sebaik kempen bermula di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) selepas selesai proses penamaan calon semalam.


Tegasnya, apa sahaja perkara yang bersifat 'distructive' (boleh menimbulkan kerosakan) terutama yang menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) wajar dielakkan oleh semua pihak.


Sepanjang tempoh 14 hari berkempen, semua pihak juga diberi amaran supaya menjauhi sebarang penulisan dan ucapan yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak terutama berkaitan 3R.


"Sila kawal tutur kata, ucapan serta tulisan di dalam semua aktiviti kempen yang dijalankan.


"Saya berharap semua pihak mematuhi semua undang-undang yang ditetapkan dan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya dipetik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page