top of page

Jangan sentuh isu 3R kempen politik - KPN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5, 2023
  • 1 min read


Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.


Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain berkata parti politik yang bertanding diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen.


"Kita nampak apabila isu 3R dimainkan maka akan berlaku perpecahan dan mewujudkan keadaan tidak harmoni dalam kalangan masyarakat, lagi pun saya percaya semua yang bertanding merupakan orang-orang lama (dalam politik).


"Jadi kita mahu PRN kali ini berlangsung dalam keadaan sangat aman dan tidak berlaku ketidakharmonian dalam perjalanan PRN, pengundi juga boleh keluar mengundi dan memilih calon mereka (dengan selamat)," katanya dipetik Bernama.


Beliau berkata parti politik yang bertanding juga diingatkan agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada khususnya yang berkaitan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Akta Hasutan.


"Kita sendiri ada pegawai perakam dan pegawai zon yang memantau perjalanan kempen sepanjang PRN, mereka berperanan merekodkan serta memantau semua ceramah, jika ada yang didapati menyentuh isu 3R, siasatan akan terus dijalankan sama ada oleh Bukit Aman atau kontinjen negeri itu sendiri," tambahnya.


Mengulas lanjut Razarudin turut memaklumkan seramai 40,000 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang proses PRN di enam negeri terbabit.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page