top of page

Jangan salahkan PM isu sebuan LHDN ke atas Hamzah Zainudin



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya dipersalahkan ekoran tindakan pegawai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerbu kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Selasa.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai berkata PM tidak wajar dituduh mengarahkan mana-mana agensi dan pihak berkuasa menjalankan tugas rasmi bagi setiap maklumat dan rekod yang diperolehi.


"Saya kesal apabila Datuk Seri Anwar dituduh mengarahkan serbuan itu sedangkan beliau sendiri tidak tahu-menahu tentang tindakan sepasukan pegawai LHDN menggeledah kediaman Ketua Pembangkang tempoh hari," katanya.

Andre Lai

Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, amat tidak wajar PM dituduh sebagai ‘dalang’ serbuan LHDN kerana jabatan kerajaan telah dibebaskan daripada arahan politik pada era Kerajaan Perpaduan.


"Saya juga ingin berpesan kepada mana-mana pihak agar tidak mempolitikkan serbuan ini kerana ia merupakan prosedur biasa mana-mana agensi penguatkuasa menjalankan operasi berdasarkan maklumat yang mereka miliki," katanya.


Menurut Andre Lai, pihak berkuasa perlu diberi ruang menjalankan tugas secara profesional tanpa gangguan politik atau dituduh ia bermotifkan politik.


"Sudah pasti pihak berkuasa termasuk LHDN akan memberi perkembangan terkini berhubung serbuan berkenaan dan siasatan yang sedang dibuat sudah pasti mengikut prosedur menurut lunas undang-undang dan perlembagaan," katanya.


Terdahulu, Perdana Menteri mengakui beliau tidak mengetahui serbuan dan penggeledahan oleh para pegawai LHDN di rumah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut itu adalah urusan agensi berkenaan.


Difahamkan serbuan berkenaan yang dilakukan di Bukit Damansara pada Selasa lalu dipercayai berkaitan isu cukai yang tidak dilaporkan kepada lembaga itu selaku pemungut cukai bagi kerajaan.


Hamzah pula dipercayai turut berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dibuat.


Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa beliau tidak mencampuri urusan siasatan dan tindakan yang dilakukan agensi penguatkuasa seperti LHDN atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page