top of page

Jangan politikkan isu bantuan sekolah Cina di Selangor - MB



Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui KEADILAN sentiasa komited memperkasakan institusi pendidikan di negeri itu.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, saban tahun kerajaan negeri memperuntukan hampir RM100 juta untuk membantu Kelas Al-Quran Fardu Ain (Kafa) dan Kafa Integrasi yang disalurkan melalui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


"Dalam tempoh lima tahun ini, hampir setiap tahun kita berbelanja lebih RM90 juta untuk bantu Kafa dan Kafa Integrasi yang diuruskan Jais," katanya menerusi rakaman video di Twitter.


Beliau memberi penjelasan itu bagi membidas tindakan pihak tertentu yang cuba meniup sentimen perkauman dan agama di Selangor susulan hasrat Kerajaan Negeri membantu membangunkan sebuah sekolah menengah persendirian Cina.

"Baru-baru ini terdapat beberapa muatan di laman media sosial yang mempertikai hasrat Kerajaan Negeri membantu sekolah-sekolah persendirian Cina di negeri Selangor.


"Saya ingin jelaskan hal ini supaya tidak ditimbulkan isu perkauman apatah lagi kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab," tegasnya.


Sebagai rekod, hanya terdapat empat sekolah menengah persendirian Cina di negeri Selangor yang kesemuanya terletak di dalam daerah Klang.


Amirudin turut menjelaskan berbanding hanya 4 sekolah Cina, terdapat banyak sekolah menengah persendirian agama di negeri Selangor yang dibenarkan beroperasi secara bebas.


Beliau memberi contoh antaranya Sekolah Menengah Al-Amin yang mempunyai 12 rangkaian sekolah di Lembah Klang.


"Terdapat juga Sekolah Menengah Al-Huda milik Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahupun sekolah Setiabudi, Sekolah Menengah Al-Hira atau Sekolah Safinatun Najah yang diberikan kebebasan laksana pendidikan mereka dengan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM)," katanya.


Beliau memberitahu bagi tahun 2022 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM26.5 juta lagi bagi menyokong sistem pendidikan di negeri itu menerusi program Bantuan Sekolah Negeri Selangor


Hampir separuh daripada jumlah itu diperuntukkan untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat berbanding sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil


"Lebih istimewa pada tahun 2022, kita juga sedia peruntukan tambahan RM1.5 juta untuk sekolah-sekolah kebangsaan di negeri Selangor yang sebenarnya tanggungjawab itu adalah di bawah Kerajaan Persekutuan.


"Bantuan yang julung kali kita perkenalkan itu adalah kerana kita dapat banyak aduan dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan berkaitan kemudahan yang berada dalam keadaan daif yang memerluan sokongan," tegasnya.


Justeru beliau menasihati semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu pendidikan dengan mengapi-apikan perkauman melalui isu peruntukan sekolah demi kepentingan generasi akan datang.


"Lebih-lebih lagi di negeri Selangor yang masyarakatnya terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan pemahaman," katanya dalam rakaman itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page