'Jangan persenda titah Agong dengan tafsiran Perlembagaan mengelirukan'

Updated: Jul 21


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung Yang di-Pertuan Agong perlu mengikuti nasihat Jemaah Menteri dalam urusan memanggil sidang Parlimen terus mendapat kritikan.


Terbaharu, Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) menyatakan rasa kecewa terhadap kenyataan Peguam Negara berkaitan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan dibaca bersama Perkara 40.


Menurut kenyataan GBMRM, pentafsiran Perlembagaan seharusnya tidak mengelirukan rakyat seolah-olah Agong tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan titah, sesuai dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Negara dalam pemerintahan Darurat.


"Kami berpendapat bahawa Perkara 55 dan Perkara 40 telah tidak dibaca bersekali dengan kandungan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.


"Justru, berdasarkan Perkara 43, timbul persoalan apakah Perdana Menteri yang sedia ada diyakini oleh Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli dewan Parlimen yang menentukan keabsahanya sebagai Perdana Menteri.


"Oleh yang demikian, kami berpendapat kenyataan media yang dibuat oleh Peguam Negara berkaitan Perkara 55 dan 40 adalah tidak lengkap dan pincang dalam menghasilkan tafsiran sebenar mengenai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong," kata kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Koordinator GBMRM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa.


Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya kenyataan media berkenaan benar-benar datangnya daripada Peguam Negara, maka seharusnya kenyataan yang lebih sesuai dengan Perlembagaan dibuat agar melicinkan urusan pentadbiran negara.


"Kami berpandangan Peguam Negara sebagai seorang penjawat awam yang seharusnya berkepakaran dalam pelaksanaan undang-undang telah cuba mendahului Perdana Menteri dalam membuat kenyataan media sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong.


"Kami juga beranggapan kenyataan media ini, jika benar, akan memberi tafsiran bahawa titah Yang di-Pertuan Agong dan Duli-duli Raja-raja Melayu telah dipersenda dan dikelirukan oleh tindakan Peguam Negara sebagai penjawat awam, dalam ertikata ianya boleh dianggap 'bias' dan bermotif politik," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama berkenan dikeluarkan oleh 34 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah GBMRM.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER