Jangan perlekeh veteran tentera, kerajaan usah habiskan dana ke tujuan lain - Nik Nazmi



Himpunan Reunion Veteran di Tugu Negara, Kuala Lumpur semalam membuka mata rakyat Malaysia bahawa kerajaan BN selama ini tidak menjaga kebajikan anggota tentera yang bersara secara sempurna.


Fakta yang didedahkan dalam himpunan itu bahawa hampir 2/3 golongan veteran masuk ke dalam lingkungan B40 dengan pencen yang amat kecil atau tiada pencen sama sekali amat memalukan.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, kerajaan BN yang berkuasa sejak merdeka dan hanya 22 bulan sahaja dikucilkan daripada tampuk kuasa perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelaratan golongan veteran di seluruh negara.


"Semalam, 1,500 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhimpun di Tugu Negara bagi menuntut Kerajaan menyelesaikan isu pencen. Selepas menanti sekian lama, mereka tiada pilihan melainkan turun menyatakan keluhan mereka.


"Saya telah beberapa kali membangkitkan soal veteran di Parlimen.


"Sehingga kini Kerajaan belum tampil dengan penyelesaian menyeluruh soal meningkatkan kemahiran veteran yang bersara pada usia muda," katanya dalam kenyataan.


Nik Nazmi juga membidas tindakan acuh tidak acuh kerajaan BN sebelum ini yang melantik orang politik, Jamil Khir Baharom, Pengerusi Umno Kedah sebagai Pengerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang bertanggungjawab melatih anggota tentera yang bakal bersara.


Katanya, tindakan kerajaan yang tidak menempatkan pemimpin sesuai pada badan yang amat diperlukan untuk membantu anggota tentera kembali ke hidupan awam hanya menambah buruk masalah pesara tentera.


"Sedangkan ketika beliau (Jamil Khir) menjadi Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam, beliau menarik pelbagai isu kontroversi melibatkan institusi-institusi agama seperti Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Anak Yatim dan Miskin dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.


"Pada masa yang sama, campur tangan politik terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi kesan langsung kepada kebajikan veteran.


"Ini termasuk projek Littoral Combat Ship RM9 bilion yang berhadapan kelewatan, pengambil alihan projek AES bernilai RM555 juta dan lain-lain lagi," kata Nik Nazmi yang tidak puas hati dana milik tentera dibazirkan begitu sahaja.


Lebih buruk, kata calon Naib Presiden KEADILAN itu, dalam Belanjawan 2022 Kerajaan telah menurunkan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Veteran dari RM105 juta kepada RM92 juta dengan penurunan ketara geran dan bayaran tetap.


"Oleh itu, antara 2015 sehingga Oktober 2021, 8,782 anggota tentera telah meninggalkan perkhidmatan tanpa pencen daripada jumlah 36,918 (anggota keseluruhan).


"Berapa di antara mereka yang menjalankan peralihan ke kehidupan awam dengan berjaya dan berapa ramai yang masih lagi hidup dalam keadaan daif?" tanya Nik Nazmi.


Tegas beliau, Kerajaan mesti mengambil serius soal masa hadapan veteran yang telah berkorban untuk negara.


Hal itu, katanya bukan soal untuk diberi perhatian ketika tiba musim pilihan raya, tetapi memerlukan penyelesaian komprehensif dan membebaskan institusi seperti PERHEBAT dan LTAT daripada campur tangan politik, merangka dasar veteran yang lebih relevan dan praktikal serta dasar pencen yang bermaruah dan bermakna bagi veteran.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER