top of page

Jangan perkuda agensi kerajaan jadi talian hayat politik - PH

Updated: Aug 7, 2021



Penggunaan aparat kerajaan untuk mengugut, menekan dan menakut-nakuti Ahli-ahli Parlimen yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) merupakan tindakan yang sangat tidak bertamadun.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, agensi-agensi kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya menjalankan tugas secara profesional dan bukannya menjadi alat untuk mencapai matlamat politik sebuah kerajaan yang hampir tumbang.


"Majlis Presiden PH sangat risau akan trend yang berlaku di mana agensi-agensi termasuk LHDN, SPRM dan PDRM diperalat bagi menekan dan mengugut Ahli-ahli Parlimen yang tidak menyokong Kerajaan PN.


"Seperti yang telah diperlakukan kepada YB Lim Guan Eng serta YB Syed Saddiq melalui SPRM, serta pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara atas tuduhan rasuah yang tidak berasas, kini seluruh negara menyaksikan bagaimana siasatan PDRM terhadap Ahli-ahli Parlimen yang ingin ke Parlimen pada Isnin lalu, dipercepat.


"Kami difahamkan usaha untuk menekan dan mengugut Ahli-ahli Parlimen berterusan malah dipertingkat untuk menjadi talian hayat politik seorang Perdana Menteri (PM) yang tiada keabsahan dan telah hilang sokongan majoriti," kata mereka.


Selain itu, Majlis Presiden turut mempersoalkan sikap agensi penguatkuasa yang terus membisu seribu bahasa terhadap ahli-ahli politik yang asalnya mempunyai kes tetapi kemudian berpaling menyokong pentadbiran PM Mahiaddin Yassin.


"Pada masa sama, umum sedia maklum tiada sebarang tindakan atau siasatan yang diteruskan oleh SPRM atau LHDN terhadap mereka yang telah khianat, menyeberang dan menyokong Tan Sri Mahiaddin.


"Oleh itu, kami menegaskan agensi-agensi penguatkuasaan wajib bersifat profesional, neutral dan tidak mengikut selera politik pemerintah. Janganlah terlanjur dalam keadaan nakhoda sedang hanyut," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page