top of page

Jangan peralat institusi Agong, Azam mesti bercuti sepanjang siasatan



Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Mencegah Rasuah (JKMR) yang juga Presiden Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bercuti sepanjang siasatan dijalankan ke atas beliau dialu alukan oleh Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH)


Menurut mereka, kenyataan itu mengukuhkan lagi gesaan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), NGO-NGO dan hampir kesemua parti politik agar siasatan penuh dan bebas dijalankan terhadap Azam dan beliau direhatkan selama siasatan tersebut berjalan.


"Kenyataan itu sekaligus mematahkan hujah Azam untuk ‘membersihkan’ nama dengan cuba memperalat institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila beliau berkata perkhidmatannya hanya boleh ditamatkan oleh Tuanku.


"Perbuatan Azam amat tidak bertanggungjawab kerana cuba mengheret institusi Yang di-Pertuan Agong ke dalam masalah dan kemungkinan kesalahan yang dilakukannya. Azam patut tahu lantikan oleh Tuanku tidak memberikan sebarang kekebalan undang-undang daripada kesalahan yang dilakukan.


"Oleh itu, Majlis Setiausaha berpandangan Azam kini tiada pilihan kecuali untuk bercuti sehingga selesai siasatan. Sekiranya beliau enggan, kami menggesa Perdana Menteri mendengar pandangan semua pihak yang telah menyuarakan pandangan tentang isu ini, termasuk dari kalangan pemimpin kerajaan, dan mengambil tindakan tegas merehatkan Azam," kata mereka.


Tegas Majlis Setiausaha itu lagi, isu utama SPRM adalah tatakelola, akauntabiliti dan kewibawaan. Dalam hal ini, kata mereka, bukan sahaja skandal Azam perlu disiasat tetapi juga semua pesuruhjaya sebelum ini.


"Kami mengingatkan bahawa isu utama di sini ialah tatakelola dan urustadbir SPRM, dan siasatan penuh wajar dilakukan bukan sahaja terhadap Azam tetapi semua Ketua Pesuruhjaya yang pernah berkhidmat.


"Oleh itu, Perdana Menteri harus berhenti daripada melindungi atau membela Azam secara langsung atau tidak, kerana Azam berkemungkinan telah bertukar dari penguatkuasa undang-undang anti-rasuah kepada seorang pelanggar undang undang.


"Kami juga menerima baik gesaan pelbagai pihak agar reformasi dan rombakan menyeluruh dibuat terhadap SPRM bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi penting ini, termasuk dengan meletakkan SPRM di bawah Parlimen dan bukan di bawah Perdana Menteri sebagaimana sekarang, agar ia boleh menjalankan tugasnya dengan bebas, berperlembagaan dan profesional," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung UPKO Nelson Anggang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page