top of page

Jangan lupa jasa cikgu Ishak Surin, teguh berbakti kepada PH - Anwar



Anggota KEADILAN dan Pakatan Harapan (PH) perlu mengenang jasa tokoh tokoh awal yang gigih berjuang menentang kezaliman pemerintah di negara ini.


Hal itu disentuh oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke rumah tokoh pejuang PH, Cikgu Ishak Surin (gambar, duduk), baru baru ini.


Menurut Anwar, cikgu Ishak merupakan tokoh pejuang sejak era pasca kemerdekaan di Wilayah Persekutuan yang tidak boleh dikesampingkan.


"Saya tidak lupa jasanya, ketika kami tidak dapat kerjasama daripada sesiapa pun, Hj Ishak Surin tampil ke hadapan membantu kami ketika kempen PRU14," kata Anwar menjelaskan cikgu Ishak antara yang pertama mengadakan ceramah kelompok ketika kempen Dr Tan Yee Kew di Parlimen Wangsa Maju.


Anwar turut mahu generasi muda melihat perjungan cikgu Ishak yang telah terlibat dalam politik sejak era 1950an sebagai pendorong menambah semangat juang buat mereka.


"Sumbangannya ketika era pasca kemerdekaan cukup bermakna. Setimpal dengan perjuangan pemimpin nasionalis seperti Ahmad Boestaman dan Datuk Onn Jaafar.


"Meskipun cikgu Ishak berusia 86 tahun, dia masih bertenaga dalam politik," katanya lagi.


Lawatan itu juga diiringi oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai.


Biar pun kurang sihat namun semangat juang cikgu Ishak terus membara

Menurut Andre, anak muda harus mencontohi perjuangan cikgu Ishak yang pantang berundur dalam membela nasib rakyat tertindas.


"Orang-orang muda (pemimpin) sekarang kenalah lebih kuat daripada kami dahulu. Lihat perjuangan Cikgu Ishak bersama API (Angkatan Pemuda Insaf), bukan mudah.


“Amanat Presiden itu sangat memberikan inspirasi kepada pemimpin muda terutama seperti saya. Generasi kami kini tidak perlu melalui cabaran getir yang dilalui pejuang-pejuang terdahulu," katanya.


Cikgu Ishak sebelum ini merupakan pimpinan utama Pas Wilayah Perdekutuan. Apabila Amanah ditubuhkan beliau bersama parti tersebut dan menjadi pimpinan Amanah Wilayah.


Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Kawasan AMANAH Wangsa Maju, Datuk Sabtu Awab, Ketua Kampung Sg Mulia, Hj Kamil, Ketua Kampong Kg Puah Seberang, Sdr Hasan, Ketua Kampung Taman Danau Kota, Hj Rahim, Pengerusi Pewarga, Sdr Khairul Bari, Timbalan Pengerusi Sdr Shaharuddin, ahli-ahli PADU dan Pewarga, ahli-ahli KEADILAN Wangsa Maju.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page