top of page

'Jangan jadikan PRN Sarawak pertandingan antara taikun balak' - Anwar



Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak seharusnya dijadikan persaingan atau pertandingan di antara taikun-taikun balak di negeri itu.


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di Parlimen penyelewengan dan korupsi tidak dibenar dibahas kerana ada ahli politik dan taikun yang takut dibongkar kegiatan mereka membawa keluar sejumlah besar wang mengelak cukai sebagaimana didedahkan dalam Pandora Papers.


Antara yang tersenarai nama mereka, kata Anwar adalah taikun balak di Sarawak.


"Saya lama dalam politik. Saya ada tanggungjawab. Kita cakap Pandora, lawan semua. Yang paling kaya di Malaysia ada, pilihan raya ingat mereka tak bagi duit?


"Macam pilihan raya Sarawak. Media tak siar. Apa saya cakap? Jangan jadikan pilihan raya Sarawak ini sebagai pertandingan dan pertempuran di antara taikun balak.


"Tokey balak satu pihak sokong A, satu pihak sokong B. Bila kita cakap, tokey balak tak kan sokong kita tetapi saya kena sebut. Kalau tidak, rakyat rakyat tengok simbol parti ini, simbol itu tetapi di belakangnya tokey besar," katanya dalam ceramah santai bersama nelayan di kawasan Parlimen beliau .


Justeru, Presiden KEADILAN itu menyeru agar taikun taikun besar dan orang kaya agar mempunyai sedikit rasa kemanusiaan. Bersimpati dengan masyarakat peribumi Sarawak yang nasib mereka tidak ke mana biar pun setiap tahun berbilion ringgit hasil balak dipunggah keluar


"Kita bukan Iban, bukan Dayak, Melanau. Tetapi kalau simpati sikit, di Sarawak rumah panjang dia panggil ketuanya Tuai Rumah. Lalu lori balak kosong. Kemudian balak penuh, kemudian lori kosong lagi, sebelah rumah panjang dia. Dia dapat apa? Dapat habuk pagi petang. Untung syarikat balak berbilion ringgit, letrik tak cukup, rumah buruk.


"Kita sebagai manusia tak adakah prihatin nasib mereka? Seperti mana orang KL tengok nasib nelayan tak adakah hati perut? Inilah masalah kita, kemanusiaan terhakis," katanya.


Akibat takut pencerahan minda masyarakat itulah, kata Anwar, kempen di PRN Melaka baru baru ini tidak dibenarkan dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard amat ketat.


Rakyat didiamkan mengenai masalah negara dan dibiar tidak tahu apa apa untuk mudah 'dicucuk hidung' oleh kerajaan BN.


"Sebab tak mahu bahas kerana orang akan dengar. Sebab itu kempen di Melaka SOP ketat.


"Jadi kempen, 'apa khabar' 'assalamualaikum'. Lingkup dengan kita sekali.


"Sebab nak terang tak boleh. Orang kata Anwar tak pandai kempen, tak pandai bercakap, dah kalah. Tetapi point besar pilihan raya tak boleh kempen, tak boleh bercakap dengan orang.


"Itu tak diterangkan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page