top of page

Jangan jadikan masjid, surau tempat perhimpunan 16 September



Perhimpunan anjuran pembangkang PN yang dijadualkan hari ini dan didakwa akan berkumpul di hadapan masjid tertentu mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Menurut Na'im, perhimpunan yang dirancang itu tidak sepatutnya melibatkan institusi agama sebagai platform awal untuk berhimpun, yang dikhuatiri akan mengganggu gugat fungsi masjid sebagai pusat penyatuan umat Islam.


"Apabila institusi masjid dan surau dilibatkan dengan kancah politik kepartian, ia akan menimbulkan ketegangan dalam masyarakat selain mencemarkan institusi masjid dan surau sebagai zon bebas daripada politik kepartian.

"Semua pihak adalah dipohon supaya akur serta menghormati titah DYMM Tuanku-Tuanku Sultan agar semua pihak tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian.


"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab serta tidak menjadikan institusi masjid dan surau sebagai gelanggang pertelagahan politik," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diarah untuk membuat pemantauan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan serta mengambil tindakan berpandukan lunas undang-undang sekiranya ada mana-mana pihak melanggar peraturan serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.


"Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berharap agar semua pihak menghormati agensi berautoriti demi menjaga kemuliaan institusi masjid dan surau serta menjamin kesejahteraan negara.


"Semua pihak diseru tidak terpengaruh dengan apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tertentu yang boleh mengundang perpecahan dan menimbulkan kegelisahan awam," katanya lagi.


Perhimpunan yang dianjur pembangkang hari ini dispekulasikan akan bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan mungkin melibatkan masjid sebagai tempat awal berkumpul.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page