top of page

Jangan gundah, kembalikan daya juang menuju kemenangan pilihan raya - MB



Pejuang KEADILAN diingatkan agar tidak gundah gulana menghadapi segala macam tribulasi dan kegagalan sejak kebelakangan ini.


Hal itu diungkapkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam ucapan sempena jamuan sambutan Deepavali dan Krismas di Dewan Sivic, Petaling Jaya, malam tadi.


Menurut beliau kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan yang terbaharu di Melaka tidak seharusnya melemahkan semangat untuk terus melawan penguasa zalim.


"Hari ini mungkin kita rasa gelisah, kerajaan kita tubuh pada PRU 14 tumbang, percubaan mengembalikan mandat tidak berjaya, kegagalan kita mempertahan kerajaan negeri Sabah dan diikuti kekalahan dalam pilihan raya termasuk PRN Melaka baru baru ini menyebabkan kita rasa gusar, kurang senang. Ada terfikir meninggalkan perjuangan.


"Saya yakin kawan kawan sekelian, jangan kita rasa gundah kalah di Sabah, di Melaka. Saya yakin KEADILAN masih boleh menang Malaysia pada Pilihan Raya Umum. Tetapi kita kena fokus, kena tahu siapa musuh kita, kenal pasti siapa rakan kita.


"Kalau kita lemah semangat, sibuk bertengkar sesama kita maka kita akan biarkan musuh yang kita tewaskan kembali berkuasa. Orang yang kita lawan kerana curi wang rakyat, kita akan biarkan mereka terus berkuasa dan jatuhkan kita," katanya.


Katanya hal penting dalam merayakan perayaan adalah kebangkitan semangat untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran.


"Pengajaran penting dalam menyambut perayaan ini, baik Deepavali, Krismas adalah untuk kita faham sambutan ini bukan hanya kegembiraan tetapi memberi pengajaran dan semangat untuk bangkit pertahankan keadilan rakyat Malaysia.


"Kalau kita lemah semangat dan tidak percaya diri sendiri, akhirnya kita hilang," katanya.


Amirudin bagaimanapun berbangga dengan kejayaan Selangor yang berhasil dengan baik melepasi pandemik Covid 19 melalui inisiatif membeli vaksin sendiri serta melakukan ujian saringan besar besaran, biar pun pada satu ketika hampir lumpuh menjadi negeri tertinggi dijangkiti Covid .


"Kita berjaya melawan dengan peruntukan kita, program vaksin kita, walaupun kita dikritik waktu kes tinggi tetapi dengan sokongan saudara saudari selaku akar umbi, bukan sahaja Selangor tidak tumbang tetapi mampu bangun melawan pandemik Covid 19 dan dianggap negeri yang berjaya menangani pandemik Covid 19.


"Ia bukan satu perkara kecil, kita buat lima pakej ransangan ekonomi. Kelima lima pakej kita belanjakan RM1.1 bilion.


"Kerajaan Selangor beli vaksin untuk memastikan kita cepat dapat vaksin, negeri lain harapkan Kementerian Kesihatan, negeri Selangor lakukan saringan sendiri. 177,000 orang kita buat saringan percuma. Tidak cukup itu, kita beli 60,000 test kid untuk diberi ke peringkat akar umbi.


"Ini yang saya sebutkan negeri Selangor harus jadi negeri tahan uji. Macam parti KEADILAN, kita adalah sebuah parti yang bangun dari rasa gelisah rakyat terhadap sistem dalam negara kita," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page