top of page

Jangan guna isu Felda, beri janji manis untuk raih undi peneroka - Mannivanan



Isu Felda menjadi bahan kempen wajib guna di musim pilihan raya untuk meraih undi generasi pertama, kedua dan ketiga.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivanan Gowin, tiba masanya pemimpin kerajaan bersikap jujur mengenai pembelaan sebenar yang perlu dilakukan kepada peneroka Felda, bukan beretorik yang tidak mendatangkan manfaat.


"Setiap kali pilihan raya, modal berkempen oleh Barisan Nasional adalah isu Felda bagi meraih undi.


"Saya tidak lihat permainan menuding jari antara satu sama lain mengenai masalah Felda di antara bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai sesuatu yang sihat.


"Saya percaya para pengundi terutamanya di 72 Tanah Rancangan Felda di Johor merangkumi 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah lali dan jemu dengan modal politik ini semenjak bertahun-tahun lalu di kala demam pilihan raya," katanya.


Menurut manivanan lagi, isu Felda yang diperdebatkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini tidak akan menyelesaikan masalah peneroka apabila pilihan raya itu berakhir


Sebaliknya, beliau menyarankan pengundi Johor mendesak kerajaan untuk menjelaskan beberapa fakta yang tidak pernah diungkapkan dalam kempen politik mereka.


"Sewajarnya kerajaan menjelaskan berapakah jumlah peneroka Felda di 72 Tanah Rancangan Felda di Johor?


"Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah peneroka Felda yang hidup selesa dan beroleh kejayaan sehingga ke hari ini termasuk generasi ke-2 dan ke-3?


"Daripada jumlah tersebut, berapakah jumlah peneroka yang masih lagi dibebani hutang dan hidup di bawah paras kemiskinan termasuk generasi ke-2 dan ke-3?


"Beranikah kerajaan menjawab?" tanyanya.


Menurut mantan Ahli Parlimen Kapar itu, fakta dan data perlu dijelaskan kepada para pengundi khususnya warga Felda untuk membuat keputusan yang terbaik pada hari mengundi.


"Pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional amat bijak mengulangi retorik lama tanpa menyentuh fakta atau data terkini untuk menjelaskan masalah yang dihadapi peneroka


"Seribu satu pelan atau program pemulihan Felda atau kertas putih tidak akan mengubah nasib dan masa depan mereka.


"Hanya kerajaan yang jujur, yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan dan akan mampu mengubah nasib peneroka Felda," katanya lagi.


Sehingga tiba detik itu, ujar Manivanan, pemimpin politik akan terus mempolitikkan isu Felda setiap kali pilihan raya demi kepentingan diri sendiri dan kuasa.





0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page