top of page

Jangan cemari Hari Malaysia dengan demonstrasi - Timbalan Menteri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 13, 2023
  • 1 min read


Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sabah, Mustapha Sakmud menyifatkan rancangan Pemuda Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan demonstrasi pada sambutan Hari Malaysia, Sabtu ini akan menjejaskan perayaan nasional itu yang sepatutnya disambut dengan penuh keharmonian.


Mustapha berkata, sambutan Hari Malaysia kali ini seharusnya menjadi wadah untuk mendidik generasi muda tentang sejarah dan intipati pembentukan Malaysia dan bagaimana untuk merencana agenda masa depan negara apa lagi sambutan tahun ini amat bermakna kerana menyambut 60 tahun pembentukan Malaysia.


"Mengajak generasi muda untuk turun berdemonstrasi bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia bukan saja tidak menghormati perayaan nasional ini, tapi memberi isyarat yang tidak baik kepada generasi muda negara ini," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru, beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berharap generasi muda yang sayangkan negara supaya berfikiran rasional dan tidak terjebak dengan seruan berdemonstrasi itu.


Apa lagi jelasnya, Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk memastikan generasi muda negara ini dapat menikmati kehidupan lebih baik menerusi akses pendidikan berkualiti, peluang pekerjaan baharu, gaji progresif serta jaringan perlindungan komprehensif.


"Marilah kita bersama-sama meraikan sambutan ulang tahun Hari Malaysia ke-60 dengan tekad dan semangat baharu dalam memastikan negara ini akan terus diperkasakan dan menjadi antara peneraju ekonomi di rantau ini.


"Generasi muda perlu mencorakkan masa depan negara ini dengan teras keharmonian dan perpaduan yang dihasratkan oleh generasi terdahulu," kata Ahli Parlimen Sepangar itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page