top of page

Jangan ada sikap fanatik dalam negara majmuk - Anwar



Ungkapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh di Parlimen baru-baru ini mendakwa kitab Injil sudah dipesongkan atau diubah tidak wajar diucapkan dalam negara majmuk seperti Malaysia.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap fanatik terhadap satu-satu agama dan merendahkan agama lain hanya akan mengundang ketidak harmonian antara kaum, lebih-lebih lagi sekiranya diucapkan oleh Ahli Parlimen kerajaan memerintah.


Menurutnya, upacan Nik Zawawi berkaitan kitab Injil itu amat kurang bijak, tidak peka dan mencerminkan pemahaman Islam yang rendah etika tatkala berbahas dengan penganut-penganut agama lain.


"Saya bertegas menentang retorik fanatik agama atau kaum yang terus memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia.


"Saat kita paculkan dialog antara umat Islam dan Kristian, ia sewajarnya dipaksikan kepada semangat persaudaraan seperti yang ditegaskan Allah SWT yakni, “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu” (Surah Ali 'Imran :64) yang

menyeru persaudaraan atas asas mentaati Tuhan yang satu.


"Jika niat beliau adalah untuk mengajak orang ramai untuk memahami Islam, adalah mustahak untuk menggunakan "kebijaksanaan dan nasihat yang baik" (An-Nahl: 125) yang bermaksud saling menghormati antara satu dengan yang lain," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Anwar lagi, sekiranya perkataan yang disebut itu menimbulkan perseteruan dan kesalahfahaman, maka jalan terbaik adalah menonjolkan kerendahan hati dengan mengakui terdapat kesalahan dalam pendekatan dakwah atau bahas.


Katanya, umat Islam mampu membawa kerukunan dengan memperteguh akhlak dan teladan Rasul yang menegaskan aspek kasih sayang serta sikap belas ihsan kepada kaum-kaum berlainan agama. Hal itu, menurut Anwar sangat ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW melalui kata-kata dan sikapnya.


"Al Quran memerintahkan 'fa yusari'una fil khayrat' yang bermaksud berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Saranan saya kepada rakan-rakan Muslim yang berkhidmat di sektor awam agar berlumba-lumba dalam membanteras kemiskinan dan membendung jurang

pendapatan yang semakin melebar. Ini antara nilai kebaikan yang telah diamanahkan oleh pengundi kepada kita.


"Rakyat Malaysia juga sedar bahawa dalam usaha kita mendepani tantangan-tantangan seperti pengangguran, kemunduran ekonomi, tahap pendidikan yang semakin merudum, kebejatan dan kefanatikan agama, bergantung pada sikap kita dalam memastikan prinsip

keadilan, kesaksamaan dan sikap belas ihsan kepada semua dipraktikkan. Tidak harus ada yang terkecuali daripada hukum, dan keadilan mesti ditegakkan," katanya lagi.


Ungkapan kontroversi Nik Zawawi itu dalam beberapa hari ini telah menimbulkan kritikan serta teguran dari pengangut agama Kristian, khususnya di Sabah dan Sarawak.


Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) juga mendesak Nik Zawawi memohon maaf kepada rakyat Malaysia di atas ketelanjuran ucapan beliau itu.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page