top of page

Jalur Gemilang Terbalik: Kenakan hukuman kompaun sebagai pengajaran

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 2 min read

ree

Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Zainuddin Mohamed (gambar) menggesa kerajaan menetapkan hukuman kompaun kepada mana-mana individu yang memasang Jalur Gemilang secara salah, termasuk secara terbalik, bagi memastikan insiden memalukan itu tidak berulang.


Gesaan itu dibuat susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan di Pusat Perniagaan Taman Bertam Permata, Pulau Pinang baru baru ini.


"Saya berharap tindakan tersebut bukanlah disengajakan. Namun bagi kes yang berlaku akibat kecuaian atau tanpa niat menghina, hukuman berbentuk kompaun perlu dikenakan.


"Denda ini boleh menjadi langkah pencegahan dan mendidik agar setiap rakyat Malaysia lebih peka serta teliti dalam memastikan bendera dipasang dengan cara yang betul. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai rakyat untuk memeriksa kedudukan bendera sebelum mengibarkannya," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, beberapa laporan polis telah dibuat dan pihak berkuasa wajar menyiasat sekiranya wujud unsur sengaja. Pemilik kedai berkenaan dilaporkan telah membetulkan kedudukan bendera selepas menyedari kesilapan, namun babak pembetulan itu tidak dirakam yang menimbulkan pelbagai persepsi.


"Sepanjang tahun ini, telah berlaku beberapa insiden melibatkan pemasangan Jalur Gemilang secara salah, termasuk kes di SJKC Chung Hua, Port Dickson pada 1 Ogos 2025 di mana bendera dipasang terbalik akibat kecuaian pekerja, serta beberapa kes lain yang berpunca daripada kelalaian semasa persiapan.


"Walaupun kebanyakannya adalah tidak disengajakan, ia tetap menjejaskan maruah simbol negara," katanya.


Beliau turut menyuarakan rasa kecewa kerana tidak mungkin individu terlibat tidak menyedari kedudukan bendera sebelum ia dinaikkan.


Oleh itu, Zainuddin menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa untuk memasang Jalur Gemilang dengan betul, serta mengambil peluang sempena sambutan Hari Kebangsaan untuk mengibarkannya di rumah, premis, kenderaan dan kawasan masing-masing sebagai tanda cinta dan kesetiaan kepada negara.


"Saya mengulangi saranan agar pihak kerajaan menetapkan hukuman dalam bentuk kompaun kepada mana-mana individu yang memasang, menggantung atau mengibarkan Jalur Gemilang secara salah, supaya maruah dan kedaulatan simbol negara ini terus terpelihara," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page