top of page

Baiki jalan, wujudkan tapak perniagaan janji calon DUN Lunas


Oleh: Abdullah Zaid


Calon Pakatan Harapan (PH) Lunas, Shamsul Anuar Abdullah yakin keserasian barisan jentera dan kepimpinan PH - BN dapat diterjemahkan menjadi kemenangan hari mengundi 12 Ogos ini.


Hal itu kerana sesi pertemuan dan perbincangan sejak Januari lalu telah banyak kali diadakan bagi memantapkan jalinan kerjasama tersebut.


"Sebelum ini, saya dan Ketua Cawangan UMNO banyak kali membuat penerangan di setiap kawasan untuk menyatakan tujuan kerjasama dan survival (kelangsungan) UMNO sendiri.


"Kemudian, kita juga membuat beberapa kali perbincangan bersama dan akhirnya semasa kempen pilihanraya ini mereka banyak membantu kita," kata beliau ketika ditemui Suara Keadilan.


Cikgu Shamsul mengulas demikian ketika ditanya mengenai kerjasama PH-BN sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.


Sementara itu, bagi memastikan kemenangan, Penyelaras DUN Lunas itu juga meletakkan beberapa agenda utama bagi menambat hati pengundi di kerusi tersebut.


"Sebagai anak jati, saya lihat DUN Lunas mempunyai penempatan penduduk dan rumah yang padat walaupun tidak ada kilang didirikan di sekitar ini.


"Jadi untuk menjadikan Lunas sebagai kawasan tumpuan saya melihat perlu dibuat satu kawasan tapak berniaga yang menarik agar penduduk boleh meluangkan masa bersama keluarga.


"Selain itu, masalah infrastruktur jalan yang rosak dan tidak dibaiki perlu segera diselesaikan supaya masyarakat lebih selesa dan selamat," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page