top of page

Jadikan Kg Baru khazanah warisan bertaraf dunia, bukan usir penduduk - AMK



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan BN mahu memajukan Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur dengan cara pengusiran penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960.


Ketua Penerangan AMK Malaysia, Aizuddin Ariffin berkata, kerajaan memerintah sepatutnya lebih berfikiran kreatif dengan menjadikan Kampung Baru sebagai warisan bertaraf dunia dan lebih banyak bahagian di kawasan itu dikekalkan kepada penduduk asal untuk tarikan pelancongan.


"Saya sampai sekarang tidak faham kenapa mana-mana jua yang pegang kerajaan sibuk membangunkan Kampung Baru dengan projek- projek berskala besar yang sebenarnya menghakis ekuiti penduduk untuk terus berada di kawasan 'prime area', terutamanya di tengah- tengah kotaraya Kuala Lumpur.


"Saya ingin membawa satu pandangan berbeza. Sepatutnya, Kampung Baru dijadikan tapak warisan yang harus dipertahan dan dipelihara, bukannya mengikut kehendak para pemaju yang rakus dan tamak.


"Saya cadangkan status hak pemilikan tanah penduduk Kampung Baru dikekalkan dan perlu diberi nafas baru, bukannya ditekan dan usir. Tindakan zalim tidak adil kepada penduduk harus dihentikan serta- merta. Satu pelan komprehensif boleh dirangka dengan pelbagai program yang lebih merakyat dengan menjamin hak- hak penduduk Kampung baru.


"Saya percaya, dengan kerangka program yang terurus dengan melibatkan para 'stakeholder', Kampung Baru mampu diangkat sebagai Khazanah Warisan bertaraf dunia untuk negara," katanya.


Tambah Aizuddin, dengan perancangan teliti Kampung Baru boleh menjadi penampan kepada kesesakan pembangunan di Kuala Lumpur dan kawasan kebudayaan yang merehatkan warga kota.


Katanya, tidak semua perlu dibangunkan dengan bangunan pencakar langit dan membiarlan lalu lintas sesak serta dicemari pemandangan hiruk pikuk warga kota.


"Dalam kepesatan yang berlaku di tengah Kuala Lumpur dengan bangunan pencakar langit, PNB ,TRX dan sebagainya , konsep ' Urban Resiliance' boleh diadaptasi bagi mengimbangi kepesatan dan kemodenan kotaraya itu.


"Kerajaan dan pihak pentadbir harus melihat isu Kampung Baru dengan perspektif yang lebih luas juga jauh lebih kreatif," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page