top of page

Jadikan kawasan lapang di Desa Setapak parkir awam




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya segera melaksanakan cadangan penduduk di Desa Setapak supaya mewartakan satu kawasan lapang di sana menjadi parkir awam.


Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, kelewatan DBKL mewartakan tapak parkir di kawasan lapang tanah kerajaan di bulatan Jalan 15/27B, menyebabkan semakin banyak gerai makanan didirikan tanpa kebenaran di situ


"Saya memandang serius masalah ini. Penjaja itu tidak hanya melanggar undang-undang tetapi juga merosakkan pagar dan bertindak mengusir penjaja berlesen lain yang beroperasi di bahu jalan," katanya dalam sidang media baru-baru ini.


Menurut Dr Tan lagi, walaupun terdapat beberapa gerai penjaja lain di bahu jalan tetapi gerai mereka yang kecil tidak menghalang lalu lintas.


Bagaimanapun beliau memahami sebilangan rakyat terpaksa menjadi penjaja ketika pandemik Covid 19, namun katanya, mereka harus beroperasi di tempat yang sesuai dan tidak mendapat aduan sebelum DBKL mengeluarkan lesen sementara.


"Saya telah meyakinkan penjaja itu dan memintanya untuk datang ke pusat khidmat saya untuk membincangkan bagaimana membantu menyelesaikan masalah ini," kata beliau lagi.


Dalam masa sama, kata Dr Tan, kekurangan tempat letak kereta di kawasan itu amat serius kerana pengguna yang mengambil LRT biasanya meletakkan kereta di kawasan komersil. Oleh itu, sekiranya kawasan lapang itu dijadikan parkir maka kesesakan akan berkurangan.


“Saya menyeru agar tanah kosong ini ditukar menjadi tempat letak kereta, tetapi sehingga sekarang saya belum mendapat jawapan. Saya akan terus memperjuangkan cadangan tempat letak kereta di kawasan ini," kata beliau.


Menurut Pegawai Khas Dr Tan, Andre Lai pula, cadangan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai parkir telah diketengahkan pada tahun 2019, semasa beliau masih menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MPPWPKL ketika itu.


“Kami menyarankan supaya tanah kosong ini dijadikan tempat letak kereta, dengan harapan mengurangkan kesesakan akibat kenderaan berhenti yang sering menghalang lalu lintas.


"Malah, cadangan pernah disusulkan ke peringkat MPP dan sesi ‘Townhall’ DBKL pada tahun 2019. Ia tidak dapat dimeteraikan selepas bermulanya PKP pada bulan Mac 2020”," katanya.


Turut hadir dalam sidang media itu adalah saudara Sri Tharan, bekas pengerusi MPP sub zon 6 dan Encik Alex Shu, wakil KRT Taman Desa Setapak.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page