top of page

Alasan pembebasan Zahid kukuh, diputuskan Mahkamah Tinggi



Jabatan Peguam Negara (JPN) dalam satu kenyataan hari ini menolak tohmahan sesetengah pihak dan warga maya di media sosial yang menuduh tindakan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi semalam sebagai tidak bermoral.


Dalam kenyataan ringkas itu JPN berkata, DNAA tersebut dilakukan melalui keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan keputusan berkenaan hendaklah dihormati.


"Merujuk kepada laporan media bahawa tindakan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Ahmad Zahid sebagai tidak bermoral, jabatan ini ingin menegaskan bahawa permohonan untuk melepas tanpa membebaskan dibuat kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan-alasan yang dikemukakan dan telah pun diterima oleh mahkamah.


"Semasa membuat keputusan tersebut, hakim menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah kukuh (cogent)," kata kenyataan itu.


Sebelum ini, segelintir pihak terutama pembangkang mengecam pembebasan Zahid daripada 47 pertuduhan sebagai tidak bermoral atau akibat campurtangan kerajaan.


Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi lebih bernas untuk memberi laluan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat bukti bukti baharu berdasarkan representasi yang dikemukakan oleh pasukan guaman Zahid.


Kes tersebut boleh didakwa semula pada bila bila masa kerana DNAA bukanlah pembebasan penuh.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page