top of page

Isytihar darurat: Mengapa tidak runding dengan pembangkang? - Dr Aziz Bari



Perisytiharan darurat bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi menimbulkan pelbagai persoalan mengenai peruntukan rasmi perisytiharan seperti itu di sisi Perlembagaan Persekutuan.


Menurut pakar Undang-Undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, hal itu harus diperdebatkan lebih lanjut dalam kalangan pakar undang-undang, terutama melibatkan Perkara 150 Perlembagaan.


Namun katanya, satu lagi sisi yang tidak cuba dilakukan oleh pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengisytihar darurat ialah membincangkannya dengan pembangkang. Sebab darurat itu, kata Aziz, membabitkan semua parti yang boleh meletakkan calon dalam PRK tersebut.


"Mengapa keputusan atau ketetapan mengisytihar darurat ini tidak dirundingkan dengan pembangkang? Mungkin ada yang kata pembangkang bukan kerajaan. Betul, tetapi isu-isu yang melibatkan negara ada beberapa contoh yang saya fikir kita boleh (diambil tindakan bersama).


"(Misalnya) isu yang melibatkan rakyat di United Kingdom pada awal 1990an, waktu itu timbul debat awam tentang status perkahwinan The Prince of Wales. Dan Perdana Menteri John Major waktu itu membuat kenyataan di House of Commons dan memakmumkan apa yang berlaku kepada pihak pembangkang.


"Jadi saya fikir bukan satu perkara bertentangan dengan Perlembagaan kalau Muhyiddin sebagai PM memanggil atau duduk berbincang dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar. Sebab ini melibatkan semua parti.


"Dalam keadaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah pun mengatakan PRK Grik tidak perlu ditandingi. Jadi ini satu petanda mereka juga akur dan prihatin dengan kesulitan rakyat," kata Dr Aziz dalam sesi siaran langsung Facebook beliau malam tadi.


Menurut Ketua Pembangkang di DUN Perak itu lagi, dengan keengganan Muhyiddin berbincang bersama pembangkang, satu perkara telah jelas diperlihatkan iaitu kerajaan Perikatan Nasional amat degil dan tidak mahu melibatkan pihak lain dalam mentadbir negara, sebagaimana sikap yang ditunjukkan dalam menolak saranan pembangkang bagi menambahbaik Belanjawan 2021.


"Jadi kalau melihat isu ini dan juga belanjawan, nampak yang masih degil dan tidak mahu berjiwa besar ialah Muhyiddin dan kawan-kawan dia dalam kerajaan.


"Ini menjadi satu perkara yang perlu difikirkan bersama adakah darurat ini perlu? Hari ini (semalam) bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abd Rashid Abd Rahman menyebut soal perlunya undang-undang ini (darurat pilihan raya) dikaji, sebab saya setakat ini belum yakin ada hitam putih mengatakan pilihan raya itu boleh digantung dengan (perisytiharan) darurat," katanya lagi.


Mengenai pilihan raya dalam suasana darurat, Dr Aziz berkomentar ianya pernah dilakukan sebagaimana Pilihan Raya Umum (PRU) pertama di Tanah Melayu pada 1955. PRU itu dibuat dalam waktu darurat yang diisytihar pada tahun 1948 - 1960.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page