top of page

Isu tarif: Perbincangan Zafrul di AS positif, terbuka kepada pertemuan selanjutnya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Pertemuan TG Zafrul dan pegawai AS akan membuka jalan perundingan selanjutnya
Pertemuan TG Zafrul dan pegawai AS akan membuka jalan perundingan selanjutnya

Misi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan mengenai pengurangan tarif yang dikenakan negara itu ke atas Malaysia sebanyak 24% membuahkan beberapa hasil positif.


Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil pihak AS terbuka untuk meneruskan perbincangan selanjutnya selepas pertemuan pertama itu.


"Jemaah Menteri telah membincangkan hasil lawatan menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul ke AS dan Zafrul memaklumkan bahawa lawatan tersebut membuahkan satu pandangan positif.


"Beliau telah memberi laporan kepada Jemaah Menteri tentang langkah berikutnya di mana beberapa perkara, beberapa sektor, bidang akan menjadi keutamaan dalam perbincangan.


"Ada beberapa perkara yang boleh disebut dan beberapa perkara lain akan dirunding dan tidak disebut secara terbuka. Kita serah kepada MITI (untuk membincangkannya)," katanya.


Namun banyak perkara, kata Fahmi, akan diterangkan dengan sejelas jelasnya dalam Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei ini.


"Apa pun pada Sidang Khas Parlimen PM akan memberi kenyataan di mana dasar dan pendirian kerajaan serta langkah yang diambil akan dibentang, dan diikuti perbahasan oleh ahli Yang Berhormat, dan sesi penggulungan dibuat oleh Zafrul," kata Fahmi lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page