top of page

Isu jual tanah: Jawapan MB Samsuri timbul lebih banyak persoalan



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu melahirkan rasa kecewa atas jawapan remeh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang dikaitkan dengan kontroversi penjualan sebidang tanah kepada NGO pro Pas di negeri itu.


Ketua Penerangannya, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali dalam satu kenyataan kesal dengan kenyataan Samsuri yang menganggap penjualan tanah kerajaan negeri kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') bukanlah suatu isu.


Tambahnya, dakwaan Naib Presiden Pas itu bahawa segala prosedur yang ditetapkan telah dipatuhi semasa proses jual beli itu dilakukan telah membangkitkan persoalan lain.


"Hakikatnya, pengakuan yang dibuat oleh beliau cukup mendukacitakan serta membangkitkan banyak lagi persoalan yang wajib dijawab oleh Kerajaan Negeri Terengganu diterajui Pas," katanya.


Sehubungan itu, AMK Terengganu tegasnya membangkitkan beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Samsuri.


"Apakah pertimbangan yang diberikan terhadap pengurangan bayaran premium 11 kali ganda lebih murah berbanding harga asal ?


"Apakah amalan atau duluan yang diikuti dengan bayaran yang dikenakan 58 kali ganda lebih murah berbanding harga pasaran tanah tersebut ?


"Apabila MB Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengatakan hal ini cuma isu kecil, adakah penjualan tanah milik rakyat kepada NGO pro parti politik Pas adalah amalan biasa yang diterima oleh kepimpinan mereka," soalnya lagi.


Terdahulu tular laporan mendakwa kerajaan Terengganu menjual tanah seluas 11,299 meter persegi yang terletak di kawasan strategik di Batas Baru pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.


Tanah itu didakwa bernilai RM29.3 juta tetapi dijual kepada Khairunnisa' dengan hanya RM500,000.


Laporan yang tular di media mendakwa Pendaftar Tanah Kuala Terengganu pada 10 Feb 2019 menyatakan tidak memberi pertimbangan kepada permohonan Khairunnisa' berkenaan.


Oleh itu, AMK Terengganu mendesak supaya Sanusi menghentikan segala penjualan tanah rakyat kepada mana-mana individu atau organisasi.


Tegas AMK Terengganu, sekiranya penjualan itu sesuatu yang perlu dilakukan, ia perlu mengamalkan sistem tender terbuka untuk mengelakkan amalan kronisme.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page