top of page

Isu stoking kalimah Allah: Hentikan propaganda jahat di media sosial

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 5, 2024
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pihak yang tidak senang terhadap isu penjualan stoking tertera kalimah Allah beransur reda dan bertindak mencurahkan minyak ke dalam api diperingatkan agar tidak bertindak menghancurkan kehamonian berbilang kaum di negara ini demi merealisasikan cita cita politik golongan tertentu.


Mantan Exco Agama Islam Selangor, Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, tidak mustahil isu tersebut disensasikan terus menerus kerana terdapat kelompok tertentu yang mempunyai perancangan khusus dalam kerangka besar (grand design) politik mereka.


Bagaimanapun, beliau yang juga Penyelaras DUN Sungai Kandis menasihatkan agar rakyat Malaysia tidak diperdaya oleh golongan penghasut tersebut.


"Saya lihat ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan mengenai insiden ini dan perlu untuk kita faham bahawa pelaku yang terbabit dalam isu stoking juga telah dihadapkan ke mahkamah.


"Sepatutnya, isu ini telah selesai dan tidak perlu dipanjangkan sehingga menimbulkan kekacauan yang menganggu keharmonian masyarakat di negara kita," katanya kepada Suara Keadilan.


Terdahulu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbanekanya.


Susulan itu, KK Mart menyaman vendor, Xin Jian Chang Sdn Bhd kerana didakwa mensabotaj perniagaan rangkaian kedai serbaneka itu selain pihak KK Mart juga turut dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung insiden tersebut.


Mengulas lanjut, Zawawi menyeru peranan tokoh agama dan mufti yang seharusnya mengambil pendekatan harmoni mengajak masyarakat untuk kekal tenang dan menjaga tingkah laku.


"Peranan mufti ini besar dan sebagai penasihat sultan pandangan yang diberikan itu perlulah memberi nasihat dan menjaga kepentingan awam," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page