top of page

Isu sistem NIIS: 'Muhyiddin jangan berdalih, rakyat mahu jawapan'




Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyididn Yassin digesa tidak berdalih atau mengalihkan isu berhubung dakwaan penganugerahan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) untuk Jabatan Imigresen bernilai RM1.159 bilion kepada menantu beliau.


Bagi Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Danish Hairudin, Muhyididn tidak boleh hanya menafikan terlibat sedangkan hal berkenaan telah menjadi rahsia umum dan rakyat mahu jawapan yang konkrit.


"Di Parlimen, beliau hanya membuat penafian semata-mata tanpa sebarang asas yang jelas. Jika rahsia terbuka ini dikatakan fitnah, mengapa sehingga hari ini tiada tindakkan undang-undang diambil kepada mana-mana pihak yang secara terus menerus membangkitkan hal ini.


"Ini melibatkan maruah, intergriti serta kredibiliti beliau sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden Perikatan Nasional," katanya dalam satu kenyataan.

Danish Hairudin

Menurut Danish lagi, Projek National Integrated Information System (NIIS) Jabatan Imigresen yang akan menggantikan sistem sedia ada, Malaysian Immigration Sistem (myIMMS) telah bertukar syarikat pembangun sistem ketika Muhyiddin menjawat Menteri Dalam Negeri (KDN) Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu.


Isu tersebut, katanya, bertukar kontroversi apabila kontrak yang sudah diberikan kepada syarikat Prestariang pada 2017 dibatalkan dan KDN minta proposal baharu pada tahun 2019.


Hal itu, kata Hairudin, menyebabkan syarikat baharu yang dikaitkan dengan menantu beliau diberi kontrak dan Prestariang kemudiannya menyaman kerajaan menuntut ganti rugi RM732 juta.


"Syarikat IRIS umum di Bursa Malaysia, mereka sudah mendapat surat anugerah atau letter of award (LOA) projek NIIS Jabatan Imigresen bernilai RM1.16 bilion.


"Di sini ada persoalan yang Muhyiddin kena jawab segera dengan tuntas," katanya.


Justeru Hairudin mahu Muhyiddin memberi jawapan siapakah pemilik saham syarikat rakan kongsi IRIS tersebut, adakah menantu beliau?


Kedua, apakah hubung kait sebuah syarikat bernama S5 Sistem dengan IRIS, adakah sebagai rakan kongsi IRIS? Juga IRIS menggunakan konsortium untuk melobi kontrak berkenaan dan S5 adalah pemain utamanya.


Ketiga, menjadi tanda tanya mengapakah projek mega NIIS tersebut diluluskan secara tergesa gesa pada ketika parlimen digantung sewaktu darurat pada 2021.


"Persoalan ini ditujukan kepada Muhyiddin kerana beliau adalah PM ketika itu.


"Pada 11 Disember 2018, Muhyiddin selaku Menteri KDN Kerajaan PH telah membatalkan kontrak yang sudah diberi kepada Prestariang. Kemudian minta proposal baru “request for proposal” (RFP) pada tahun 2019. Ini memberi peluang syarikat yang didakwa ada kaitan dengan menantunya melobi dan membida.


"Sebab itu Muhyiddin perlu jawab dan bukan hanya penafian semata-mata," ujarnya.


Menurut Hairudin lagi, banyak perkara yang rakyat perlu tahu dan beliau yakin badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah bersedia menyiasat dan membongkar skandal tersebut demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan Malaysia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page