top of page

Isu senjata politik: Anwar temui Ketua Pesuruhjaya SPRM Isnin ini



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menemui Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, Isnin ini.


Bercakap kepada wartawan di Permatang Pauh, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengesahkan dalam pertemuan itu beliau akan membawa isu-isu sekitar dakwaan beberapa agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik oleh Perikatan Nasional menekan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.


"Dia setuju jumpa saya jam 3 (petang). Saya akan jumpa dan kemukakan beberapa pandangan yang dibawa oleh rakan-rakan dalam KEADILAN dan Pakatan Harapan.


"Pandangan kita, dalam menyokong SPRM sebagai badan profesional dan bebas, kita juga melahirkan rasa gelisah. Dipercayai sebahagian kita dengan bukti-bukti (yang ada), bahawa agensi kerajaan itu dijadikan senjata politik untuk menikam musuh (PN).


"Kita harus bagi ruang yang baik dan positif untuk mereka (SPRM) dengar dan ulas," katanya.


Anwar turut ditanya mengenai komen seorang pemimpin Umno yang mendakwa perbincangan KEADILAN dan parti itu mengenai sebarang kerjasama pada masa hadapan seperti 'berbincang di kedai kopi'


Menurut Anwar, sehingga kini belum ada perbincangan rasmi dibuat dan pimpinan yang terlibat juga tidak banyak.


"Kita ada perbincangan awal. Jadi saya tekankan itu. Perbincangan tidak rasmi dan tidak dengan semua.


"Saya kata dengan beberapa pemimpin. Kalau rasmi kita kena hantar 5 wakil, dia hantar 5 wakil. Belum sampai ke (tahap) itu," katanya.


Spekulasi kerjasama politik antara PH dan Umno yang dirundingi oleh Pengerusi PH menjadi hangat sepanjang minggu ini apabila media arus perdana mensensasikan isu berkenaan seolah-olah kerjasama politik hampir pasti.


Bagaimanapun Anwar menafikan wujudnya persetujuan untuk bekerjasama, malah rundingan pula dijelaskan masih di peringkat diskusi yang tidak menatijahkan sebarang persefahaman atau perjanjian di kedua-dua belah pihak.








0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page