top of page

Isu penganjuran Komanwel 2026 dibincangkan minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 14, 2024
  • 1 min read


Kabinet akan mengadakan perbincangan pada minggu depan bagi memutuskan sama ada Malaysia akan menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026 atau tidak.


Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berkata, pada masa ini beliau tidak mahu mendahului perbincangan Kabinet berhubung keputusan itu.


Bagaimanapun jelasnya, beliau yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung perkara berkenaan.


"Ada banyak maklum balas di luar sana, semua beri pandangan masing-masing tetapi saya beri jaminan bahawa kerajaan ini sangat bertanggungjawab dengan setiap ringgit duit rakyat.


"Kita (Kerajaan Perpaduan) akan pastikan setiap perbelanjaan yang kita nak lakukan ini, mesti mendatangkan hasil kepada negara," katanya dipetik.


Hannah sebelumnya menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas kerana peningkatan kos penganjuran daripada jangkaan awal AUD2.6 bilion kepada AUD7 bilion.


Sementara itu Hannah sebagai mengulas laporan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menolak tawaran rasmi menganjurkan Piala Thomas dan Piala Uber 2026 menjelaskan, BAM tidak menolak tawaran itu sebaliknya persatuan tersebut tidak berhasrat untuk membuat bidaan.


"Kekeliruan berlaku pada 12 Mac, apabila PJS (Pesuruhjaya Sukan) mendakwa bahawa BAM menolak tawaran tersebut dan ia tidak benar sekali.


"BAM, mereka tidak berhasrat untuk membuat bidaan, jadi tidak timbul mereka menolak tawaran," katanya.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page