top of page

Isu penganguran, morotarium sewa rumah perlu ditangani - Anwar




Pengangguran yang dijangka mencecah sejuta orang menjelang penghujung 2020 membawa masalah baharu yang belum dibincangkan secara mendalam oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), iaitu nasib penyewa rumah persendirian.


Dalam sesi siaran langsung Facebook Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu penyewa yang memohon kerajaan mewujudkan morotarium pembayaran sewa agar mereka tidak dihalau keluar.


Tetamu undangan sesi Facebook tersebut, ADUN Kebun Bunga, Jason Ong Khan Leeon dari Pulau Pinang berkata isu penangguhan bayaran sewa bukan sahaja sepihak, kerana ianya memberi kesan kepada perolehan tuan rumah, terutama premis yang masih terhutang kepada bank.


Bagi Anwar, kerajaan seharusnya mengubal undang-undang bagi menjaga kebajikan kedua-dua belah pihak.


"Apa yang dicadangkan oleh saudara Jason ialah morotarium. Harus diteliti penyewa yang mungkin dibuang kerja. Dalam konteks ini kerajaan harus merangka undnag-undang - tak tahu nak dibentang di mana, parlimen tak bersidang - tetapi perlu kenalpasti kalau tuan rumah itu bergantung kepada bank.


"Penyewa tak boleh bayar, kalau bagi penangguhan tuan rumah pula harus bayar ke bank. Jadi undang-undangnya harus lebih komprehensif," ulas Anwar.


Seorang lagi tetamu, ustaz Shukri Mat, pendakwah bebas dari Batang Kali, Selangor mempunyai tanggungan 9 anak dan tidak dibolehkan bekerja memberi kuliah di masjid serta surau berikutan wabak Covid 19.


Anwar mengesa kerajaan memikirkan masalah sewa rumah rakyat yang kehilangan peluang kerja seperti ustaz Shukri.


"Kita usulkan ada penangguhan pembayaran sehingga seseorang dapat kerja.


"Tuan rumah pula jika itu sahaja pendapatan dia atau masih bayar kepada bank maka peraturan ini wajar melibatkan banyak pihak; bank, penyewa dan tuan rumah.


"Saya pilih sesi FB live kerana 'orang atas' kira angka-angka saja. Saya pilih ustaz cakap sendiri. Tengok di bawah, situasi tidak sama seperti wacana di atas.


"Sewa rumah, kesan makanan di rumah, anak sekolah tadika juga nasib tuan rumah menyebabkan kita harus memikirkan penyelesaian yang komprehensif," katanya lagi.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page