top of page

Isu pemansuhan pencen ahli politik akan dibincangkan



Isu berkaitan pemansuhan pencen bagi ahli politik akan dibincang di peringkat Kabinet terlebih dahulu dan dibawa ke Parlimen sebelum sebarang keputusan dilaksana.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai satu tanggungjawab moral, perkara itu perlu dibentang dan dijelaskan sepenuhnya berikutan sukar untuk dirasional sekiranya pemansuhan pencen dikecualikan bagi 'orang politik.'


"Memang untuk orang politik berbeza, tapi saya fikir munasabah kalau kita kaji sekali jika bagi penjawat awam ditiadakan, orang politik pun ditiadakan, namun ia tertakluk kepada keputusan di Parlimen.


"Kalau Kabinet bersetuju, saya akan bentangkan (di Dewan Rakyat) dan kalau ada Ahli Parlimen hendak tolak, dia tolak tapi saya akan bentang atas tanggungjawab moral," kata Anwar dipetik.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata begitu dalam ucapan perasmian Program Penggerak MADANI Negeri Sembilan (Ketua-Ketua Kerajaan Negeri dan Persekutuan) di Kem Wawasan Negara Ulu Sepri yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.


Sementara itu jelas Anwar, cadangan memansuhkan sistem pencen penjawat awam sudah lama dibincangkan dan ia perlu dijelaskan sepenuhnya kepada orang awam termasuk perkara yang membabitkan implikasi ekonomi.


Ia jelasnya bagi memastikan golongan itu tidak merasakan mereka kerugian dengan sistem persaraan baharu.


"Kes berkaitan isu pencen penjawat awam ini sudah lama, semasa saya menjadi Menteri Kewangan dulu iaitu tahun 90-an, ada cadangan untuk mengkaji semula bahawa keputusan untuk membatalkan skim saraan pencen ini dikemukakan sejak tahun 90an.


"... tapi saya nak tanya, kalau kita teruskan bagaimana kesannya kepada ekonomi negara, kita tak mampu teruskan, negara kaya semua dah hentikan skim pencen ini, tidak mampu bertahan.


"Ada yang anggap bagaimana orang yang dapat pencen sekarang? Itu tidak boleh disentuh, ia akan diteruskan, bagaimana penjawat awam baharu? Elaunnya tetap sama, tidak terkesan, jadi biar JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) cerakin dan buat pengumuman berikutnya," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page