top of page

Isu Palestin: Notis dari AS bukti suara Malaysia dapat perhatian



Suara rakyat dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan hak asasi warga Palestin mendapat perhatian kuasa besar dunia.


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata hal itu terbukti apabila apabila sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan tiga notis tatatindak terhadap kerajaan.

"ABIM memandang berat kenyataan dimaklumkan Perdana Menteri ketika sidang Dewan Rakyat bahawa Malaysia menerima tiga notis tatatindak daripada AS menerusi kedutaannya kerana enggan menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.


"Berdasarkan tindakan ini, ia jelas menunjukkan keberadaan suara rakyat dan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan hak asasi warga Palestin sudah mendapat perhatian daripada kuasa besar dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru Muhammad Faisal menggesa dukungan sepenuhnya diberikan rakyat kepada kerajaan untuk terus memperjuangkan isu Palestin di pentas antarabangsa.


Anwar pada Selasa mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan AS kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.


Beliau dilaporkan berkata, notis rasmi dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu.


Sementara itu menurut Muhammad Faisal, demarche dalam konteks politik antarabangsa bermaksud tindakan protes secara rasmi yang dikemukakan menerusi saluran diplomatik.


"Justeru, menerusi solidariti masyarakat dunia terhadap rakyat Palestin semakin memuncak, sewajarnya dukungan sepenuhnya diberikan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, untuk terus memperjuangkan isu terbabit di pentas antarabangsa," jelasnya.


Beliau sementara itu turut menuntut seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama terus berjuang melangkaui batas perbezaan pendirian politik, latar agama serta bangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page