top of page

Isu Palestin: Barat salahkan Hamas tetapi Zionis anti kemanusiaan


Isu sengketa Palestin - Israel dimomokkan oleh media Barat sebagai konflik yang berlaku akibat serangan pasukan jihad Hamas ke atas kawasan penempatan Israel.


Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak persepsi sedemikian. Beliau membantah tanggapan itu kerana konflik telah berlaku sejak berpuluh tahun lalu sebelum Hamas wujud.


Berlakunya konflik, menurut Anwar, berakibat sikap kejam rejim Zionis yang menjajah Palestin dan menindas penduduknya.


"Propaganda dari golongan anti Palestin, anti kemanusiaan, anti kebebasan, mereka hanya bawa aspek politik tentang serangan Hamas. Seolah-olah itu punca segala-galanya.


"Bagi kita yang mengikuti sejarah tentu menemui satu aspek penting, iaitu konflik terjadi sebelum ada Hamas.


"Masa saya hadir dalam sidang PLO (Palestine Liberation Organization) dipimpin Yasser Arafat di Algeria pada 1983 yang cuba pertahankan hak Palestin, belum ada Hamas.


"Kemudian penaklukan Israel, ambil alih kawasan Tebing Barat, Gaza juga sebelum ada Hamas. Pernah presiden Turki Tayyip Erdoğan menunjukkan peta Israel pada 1948, 1970, 1990 sehinggalah sekarang.


"Peta itu sendiri menunjukkan penaklukan ini berkala, yang dikaitkan dengan Hamas sengaja mengalih pandangan isu berkaitan keadilan, kebebasan dan hak sebenarnya," katanya dalam siaran Facebook mengupas syarahan Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia Prof. Dr. Sheikh Ali al-Qaradagh, malam tadi.


Menurut Anwar lagi, kebangkitan rakyat Palestin menentang imperialisme itu yang cuba dipesongkan dalam laporan media Barat.


Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam yang cintakan saudara di Palestin untuk memberitahu dunia, termasuk pemimpin negara-negara Arab mengenai perlunya hak dikembalikan ke tangan penduduk asalnya.


"Termasuk peristiwa terbaru, kelompok yang dijajah ini, maka ada kebangkitan rakyat kerana tidak ada siapa yang menerima penjajahan. Itu yang penting.


"Bagi orang Islam ini (al Aqsa) kiblat pertama. Masjid suci dikaitkan dengan Israk Mikraj, berkaitan akidah umat Islam itu sendiri. Tetapi apa yang berlaku adalah penyerbuan, penyerangan di Aqsa. Ini yang dibangkitkan di Sheikh Jarrah, (penempatan) kawasan Jurusalem atau Baitulmaqdis Timur yang diduduki orang Islam dan juga Kristian.


"Saya katakan bahawa ada suara tegas majoriti umat Islam, juga sekelompok Kristian yang menyanggah atas nama hak asasi manusia.


"Oleh itu, kita harus menjelaskan di Timur dan Barat, juga dunia Arab tentang kegagalan pemerintah Arab yang sukar menerima kenyataan ini," katanya lagi.


Forum secara siaran langsung Facebook antara Dr. Sheikh Ali al-Qaradagh dan Anwar itu dimoderatorkan oleh Exco Agama Islam Negeri Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page