top of page

Isu Myanmar: PM Anwar tunjuk ciri diplomat unggul pimpin ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

PM Anwar menampilkan diplomatik tinggi dalam beberapa isu ASEAN yang sensitif termasuk Myanmar
PM Anwar menampilkan diplomatik tinggi dalam beberapa isu ASEAN yang sensitif termasuk Myanmar

Oleh: Akmal Manaf


Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menampilkan kemahiran diplomatik yang tinggi bersulamkan kematangan khususnya dalam menangani konflik Myanmar dengan membawa pendekatan pragmatik selari prinsip ASEAN iaitu mementingkan konsensus, tidak campur tangan namun berasaskan kemanusiaan.


Penganalisis politik Universiti Malaysia (UM), Datuk Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, Perdana Menteri (PM) berusia 77 tahun itu juga menunjukkan ciri diplomat unggul di rantau ASEAN dengan memiliki kelebihan moral, pengalaman dan naratif yang diterima baik oleh rakan serantau serta dunia luar.


"Dalam tempoh sederhana, beliau boleh muncul sebagai ikon diplomasi ASEAN jika konsistensi dan hasil diplomatik terus diperlihatkan.

Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

"Dalam konteks 'diplomasi rakyat dan pembangunan serantau', PM Anwar kini muncul sebagai suara yang paling lantang dan konsisten, bukan sahaja mengangkat Malaysia tetapi juga memperkukuh solidariti ASEAN sebagai komuniti berorientasikan rakyat (people-centred ASEAN)," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan, hari ini.


Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Anwar dianggap mempunyai skil diplomatik unggul di Asia Tenggara pada ketika ini.


Mengulas lanjut kepada persoalan tersebut, beliau berkata hal itu memerlukan perbandingan misalnya dengan pemimpin ASEAN lain seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).


"Jokowi yang sudah lama berpeluang menjadi Presiden selama 10 tahun yang sangat aktif dalam isu-isu global (G20, peranan Indonesia dalam BRICS, dan hubungan dengan negara besar) serta PM Singapura, Lawrence Wong yang pragmatik dan berpengaruh dalam sektor kewangan dan teknologi global.


"Bagaimanapun, dalam beberapa sidang kemuncak ASEAN dan forum antarabangsa termasuk penglibatan dengan China, EU, GCC, dan sidang BRICS, PM Anwar telah menampilkan gaya diplomasi intelektual dan progresif.


"Beliau juga menggunakan naratif inklusif, menekankan nilai keadilan, dan mengangkat suara negara membangun. Ini membolehkan Malaysia menjadi suara berautoriti dalam isu seperti krisis Rohingya, keadilan ekonomi, dan digitalisasi ASEAN," ujarnya lagi terhadap Presiden KEADILAN itu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page