top of page

Isu minyak masak botol: Segera muktamadkan langkah penurunan harga - Saifuddin Nasution


Isu kenaikan harga minyak masak botol mungkin mencapai titik penyelesaiannya dalam mesyuarat bersama beberapa kementerian, Rabu, 16 Jun ini.


Bagi Mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri KPDNHEP semalam, diharapkan akan mengakhiri isu kenaikan harga minyak masak yang telah berlanjutan lebih 6 bulan.


"Saya mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid mengatakan kerajaan akan berbincang pada Rabu ini untuk menyelesaikan isu kenaikan harga minyak masak. Perbincangan itu akan melibatkan KPDNHEP, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan dan Perladangan.

"Beberapa hari lepas dalam kenyataan yang dikeluarkan, saya ada memberikan cadangan iaitu kerajaan menimbangkan kaedah harga dua peringkat (two-tiered pricing) dan penetapan harga siling minyak masak dengan menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.


"Saya mengucapkan terima kasih kepadaTimbalan Menteri KPDNHEP yang turut menyebut bahawa perbincangan Rabu hadapan akan menimbangkan cadangan penetapan harga siling.


"Adalah diharapkan kerajaan akan segera membuat keputusan memandangkan ‘trend’ kenaikan harga minyak masak ini sudah berlaku sekian lama bermula akhir tahun 2020," kata Saifuddin dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu lagi, sepanjang tempoh 6 bulan lalu rakyat telah melalui beberapa musim perayaan termasuk Krismas, Tahun Baru Cina, Bulan Puasa dan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Wesak, Pesta Gawai dan Kaamatan dengan menanggung harga minyak masak yang meningkat tinggi. Dan kini rakyat akan menghadapi pula Hari Raya Aidiladha dalam beberapa minggu akan datang.


Katanya, kerajaan harus maklum permintaan terhadap minyak masak akan meningkat tinggi ketika musim-musim perayaan ini.


"Keputusan segera di pihak kerajaan itu diharap akan dapat dicapai pada Rabu hadapan, dan rakyat akan menerima khabar gembira," katanya lagi.


Sebelum ini, rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga minyak masak sawit botol yang mencecah RM30 bagi 5 kg. Harga produk sama berjaya dikawal sekitar RM22 ketika era pemerintahan Pakatan Harapan.


Manakala kerajaan memberi alasan kenaikan berpunca daripada meningkatnya harga minyak sawit mentah di pasaran antarabangsa.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page