top of page

Isu keselamatan siber taggungjawab semua pihak - Fahmi Fadzil



Isu keselamatan siber adalah satu isu kritikal yang memberi kesan kepada kerajaan, perniagaan dan individu, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil


Pada ucapan di majlis perasmian Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam, Fahmi berkata kemajuan teknologi yang pesat telah membawa banyak manfaat, namun ia juga telah membuka ruang baharu untuk ancaman dan serangan siber


Justeru isu tersebut merupakan satu tanggungjawab bersama yang memerlukan penglibatan semua pihak.


"Dengan mendidik diri kita dan mengamalkan amalan digital selamat, kita boleh mewujudkan budaya keselamatan siber yang melangkaui persidangan ini," katanya.

Mengenai persidangan itu, Fahmi berkata selain daripada sesi yang memberi maklumat, persidangan itu juga menawarkan peluang perangkaian kepada semua peserta.


"Menerusi persidangan ini hubungan dan kerjasama ini, kita dapat perkukuhkan bersama pertahanan keselamatan siber kita.


"Saya menggalakkan setiap orang daripada kamu untuk melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna, bertukar-tukar idea dan membentuk perkongsian yang akan menyumbang kepada sebuah ekosistem digital yang lebih selamat," katanya.


Terdahulu, Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik 2023 yang berlangsung selama tiga hari mulai 19 Mei merupakan anjuran Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS).

Persidangan yang bertujuan menghimpunkan pakar keselamatan siber untuk membincangkan dan berkongsi pandangan terhadap trend, ancaman dan penyelesaian terkini keselamatan siber itu disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page