
Keputusan Kerajaan Perpaduan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan automatik anak wanita Malaysia yang berkahwin warga asing dan lahir di luar negara merupakan satu bukti jelas bahawa perubahan akan berlaku sekiranya rakyat menginginkannya.
Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, perubahan berkenaan merupakan hadiah kepada rakyat yang memilih parti politik yang betul dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.
"Saat bersejarah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang dinafikan kewarganegaraan.
"Lonjakan besar untuk kesaksamaan jantina dan ketidakadilan Perlembagaan telah diperbetulkan.
"Ini membuktikan perubahan boleh berlaku sekiranya kita mengundi (dalam pilihanraya) kerajaan yang betul," ciapnya diTwitter.
Tegas Sim beliau akan mengundi menyokong pindaan Perlembagaan tersebut. Pindaan itu katanya melambangkan Malaysia Madani yang menghargai rakyatnya tanpa mengira gander atau keturunan.
コメント