top of page

Isu kedaulatan P Pinang mahu tutup kegagalan pentadbiran Sanusi



Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Sanusi Md Nor mempertikaikan kedaulatan Pulau Pinang terus dikritik.


Ahli Parlimen Bukit Bendera, Sharleena Abdul Rashid menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah itu tidak lebih sekadar satu tindakan bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalannya mentadbir Kedah.


Jelas Sharleena, selain gagal memacu ekonomi Kedah, Sanusi cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah air serta penebangan hutan di negeri itu yang menyebabkan banjir dan perubahan geografi.


"Kekurangan penyelesaian jangka pendek dan sederhana kepada isu air, khususnya di kawasan Kuala Kedah, dikatakan bukti kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Sanusi," jelasnya.


Sanusi yang terkenal dengan kenyataan-kenyataan kontroversi Isnin lalu mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah dan negeri itu hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.


Beliau mendakwa pihaknya tidak perlu mengambil kembali negeri itu kerana Pulau Pinang tidak pernah 'terlepas' daripada Kedah.


Kenyataan itu dianggap pelbagai pihak sebagai 'melampau' kerana mempersoalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kuasa yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Yang di-Pertua Negeri.


Susulan itu, pada Khamis beberapa pemimpin termasuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis susulan kebimbangan kenyataan Sanusi boleh menimbulkan keresahan dan mengganggu gugat ketenteraman awam dan membabitkan perasaan marah rakyat Pulau Pinang.


Sehubungan itu Sharleena berkata, Sanusi wajar memberi tumpuan kepada pentadbiran negeri berbanding membuat kenyataan provokasi semata-mata untuk memastikan hayat politiknya berkekalan selepas pilihanraya.


"Daripada mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik Sanusi memberi tumpuan kepada pentadbiran negerinya yang memerlukan perhatian sewajarnya," kata beliau yang juga ADUN Seri Delima.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page