top of page

Isu Kedah - P Pinang: Kaji sejarah, jangan hina Perlembagaan



Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor mengelirukan rakyat mendakwa Pulau Pinang sebahagian daripada Kedah ditempelak Datuk Mahfuz Omar.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kedah itu, Sanusi seharusnya tidak bermain isu sensasi yang beliau tidak boleh buktikan kebenarannya untuk menjadi jaguh politik.


"Saya percaya Sanusi cuba untuk bermain isu murahan seperti ini bagi membangkitkan isu perkauman dan cuba menjadi relevan.


"Tindakan seperti ini jelas menghina institusi Raja-raja dan Perlembagaan Malaysia," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.


Oleh itu, beliau menggesa Sanusi agar mengkaji sejarah berkenaan hubungan Kedah dan Pulau Pinang juga daripada sudut perundangan agar tidak tersalah fakta.


"Sudah ada beberapa sarjana yang menulis tentang sejarah Kedah - Pulau Pinang. Saya sarankan beliau mempelajari sejarah dan tidak bercakap semberono.


"Andainya benar beliau ingin mengambil Pulau Pinang dari Kedah, pergilah menggunakan saluran mahkamah," katanya.


Mahfuz berkata, rakyat sentiasa menghormati Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan Pulau Pinang dan tidak akan terikut ikut rentak Sanusi yang mahu popular menjelang Pilihan Raya Negeri Kedah.


"Rakyat Kedah sentiasa menghormati Perlembagaan dan institusi Raja-raja. Aksi seperti ini tidak menggambarkan sifat orang Kedah," katanya lagi



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page