top of page

Tuntut P Pinang: Apakah gelojoh kuasa kita korban prinsip Perlembagaan?



Isu ditimbulan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang perlu dikembalikan kepada Kedah hari ini dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) dalam sesi soalan PM di Dewan Rakyat.


Menurut PM, kedudukan Pulau Pinang telah pun jelas termaktub dalam Perkara 2 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan negeri Persekutuan Tanah Melayu termasuk Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.


"Ini dibaca Fasal 3 Perkara 71 Perlembagaan bersama Jadual ke 8 Perlembagaan yang menjamin kedudukan Perlembagaan (Undang undang Tubuh Negeri) Negeri termasuk Perlembagaan Negeri P Pinang. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 21 Januari 1948 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 5 Ogos 1957, yang diperkenan oleh semua Raja Melayu termasuk Almarhum Tuanku Badlishah Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah.


"Semua undang undang, perjanjian terdahulu itu terbatal dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian yang diperkenan.


"Kalau pun satu permohonan Tuanku Badlishah, ialah memohon, kepada Inggeris kalau boleh dipertimbangkan, bukan tuntutan Pulau Pinang, mempertimbangkan kalau mendapat pandangan dari penduduk Seberang Perai, sama ada mahu memilih berserta Kedah atau kekal di Pulau Pinang. Tuanku Almarhum Badlishah lebih bijak, prihatin dan faham peruntukan undang undang.


"Dan dalam keputusan itu akhirnya dimuktamadkan dalam perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana Tuanku telah perkenan perjanjian 1957 (penubuhan Tanah Melayu) oleh semua Raja Raja," kata Anwar dalam menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) berkenaan isu kedudukan Pulau Pinang.


PM dalam pada itu menempelak MB Sanusi yang tidak mengkaji sejarah serta membuat kenyataan secara semberono untuk dirinya dilihat jaguh politik Kedah menjelang Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


Justeru, PM menyerahkan perkara itu kepada pihak berwajib untuk memgambil tindakan.


"Jadi mengapa perkara ini dibangkitkan? Apakah kerana nak gelojoh kuasa pilihanraya kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru hara?


"Ini menyebabkan timbul permasalahan. Kita telah merdeka lebih 6 dekad. Tidak pernah dibangkitkan melainkan oleh seorang ketua yang tidak bertanggungjawab yang sanggup melanggar prinsip undang undang Perlembagaan. Oleh yang demikian saya serahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan sesuai," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page