top of page

Isu keciciran murid, pendigitalan, isu pendidikan Islam syumul perlu ditangani segera - ABIM



Pelantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Siddiq sebagai Menteri Pendidikan dialu alukan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).


Menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, kewibawaan Fadhlina dalam menerajui kementerian berkenaan tidak diragui namun beliau perlu memberi tumpuan kepada beberapa isu yang kritikal dalam persekitaran pendidikan berteraskan digital yang mana Malaysia agak ketinggalan berbanding negara Asia lain.


Sehubungan itu, ABIM memperincikan beberapa perkara yang harus diberi perhatian khusus oleh Menteri Pendidikan yang baharu.


"Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1.


"Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan.


"Begitu juga isu sekolah daif yang berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif serta drastik bagi kesaksamaan pendidikan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Faisal juga berkata, hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperiksaan yang masih menebal dalam masyarakat.


"Pendidikan negara dengan ini harus menjurus ke arah pembinaan watak dan kemahiran berasaskan kepada hikmah dan penerapan nilai-nilai yang selari dengan pendidikan Islam yang sifatnya universal.


"Untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam ini, ABIM ingin merujuk kepada pandangan almarhum Datuk Prof Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, yang mencadangkan agar Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama, seperti penyepaduan Fiqh Muwatanah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama.


"Asas kajian semula kurikulum dan dasar pendidikan secara keseluruhan amat perlu melihat kepentingan pendidikan dalam membentuk watak bangsa Malaysia," kata Faisal lagi.


Oleh itu, menurut beliau, sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri untuk membawa agenda perubahan ke arah yang lebih baik, ABIM menawarkan untuk menjadi pemegang taruh aktif dan menjadi rakan kongsi pembinaan dasar pendidikan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page